sHoppiNg GirLs LiKe You....

sHoppiNg GirLs LiKe You....

my heroes

my heroes
dari kiri, dira, damia & qimie

Wednesday, September 05, 2007

hargai isteri, ibu & wanita..........



teringat pasal satu story

seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah
lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak, lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh
periuk tidak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak
masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh, apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya, dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku
"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu
"tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam
balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"
Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki...
"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... " Ibu, ibu... engkau lah ratu hari ku....."


Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu?

I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums.


And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.

Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.


Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!! Kau Isteri Ku.... Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma".


Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah ( for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan, banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal.


Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!!
But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...


Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.


Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita.


Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you mothers)....uuwaaaaaaaa!!
sayangi la kaum perempuan krn tanpa mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kenali diri melalui nombor


Kenal Diri Anda Melalui Tarikh Lahir Anda----------------------------------Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb , anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb , anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb , anda adalah no.9


no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

p/s: jangan serius sangat baca benda ni..

Kaitan kerja & horoskop


Sesaja paste dari emel..takyah caya pun....sekadar hiburan semata2


Pekerja Aries

Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan mereka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan terasa seolah-olah kreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si aries ini gembira, berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Mereka memang suka bab macam tu!


Pekerja Taurus

Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja yang baik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka 'kipas mengipas' ni. Mereka bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya melakukan kerja yang diberikan itu hingga selesai. Cuma mereka ni memang agak 'lembab' sikit dan suka buat kerja 'last minute'! Pun begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yang terbaik. Tapi usah cuba nak memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti! Untuk menggembirakan Taurus, serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka.


Pekerja Gemini

Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak kedekut ilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama. Selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi tak hairanlah mereka ni boleh menjadi 'ratu gosip'. Mood dan produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan. Pekerjaan yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka menjelajah ke banyak tempat.


Pekerja Cancer

Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa. Persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.


Pekerja Leo

Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempat kerja. Biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka di mata teman-teman sepejabat. Usah cuba nak komen, pasti tak diterima mereka! Namun mereka gemar memberi nasihat kepada orang lain. Untuk 'mengawal' mereka ini, senang saja. Berikan mereka lebih tanggungjawab agar mereka rasakan diri mereka itu orang penting! Tapi berwaspadalah kamu. Silap haribulan, kerja kamu pula dirampasnya!


Pekerja Virgo

Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak kisah jika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja berjalan lancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja. Tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada pandangan mata mereka. Mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan. Mereka tak perlu diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.


Pekerja Libra

Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitif dan sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah. Satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan di hari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya mereka mampu mengawal mood mereka yang tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh naik pangkat! Walau bagaimanapun, jangan cuba nak memerintah mereka lebih-lebih pula!


Pekerja Scorpio

Ternyata mereka ini mampu berdikari dan mengharapkan pertolongan daripada orang lain sangat. Segalanya bisa diatur! Yang bagusnya, mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak takut untuk menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena. Berani kerana benar! Tak kira yang buat salah itu orang atasan atau teman sejawat! Mereka juga akan melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka. Bermakna, kalau orang baik dengan mereka, begitu juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!


Pekerja Sagitarius

Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. Apa jua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin. Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana itu adalah kepantangan bagi mereka! Jangan cuba main-main!


Pekerja Aquarius

Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan apa,mereka asyik ingin lakukan yang terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan skil kerja mereka.


Pekerja Capricorn

Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang kerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya usaha mereka. Pun begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa. Apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk mencapai segala yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja secara sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang diberikan juga harus berbaloi!


Pekerja Pisces

Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat. Sekiranya ada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang mula-mula mendapat tahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot!Mereka gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan!

Tuesday, September 04, 2007

lama sungguh tak berblog


paling last februari 2007, banyak sungguh kejadian demi adengan berlaku dalam hidupku sehinggakan tak sempat untuk mencoret sesuatu kenangan di sini...terlalu banyak...rasa kalau nak tulis satu2 memang banyak sangat sampai tak tertulis tapi aku nak tulis juga sebab inilah kenangan bila tua nanti..hehe..mana nak start yer.....


beli rumah....
setelah naik turun ofis lawyer..banyaklah proses yg berlaku.....serta urusan EPF yg boleh tahan mencabarnya..akhirnya sahlah kami memiliki rumah di Bandar Puteri...seronok tidak terkata..hehe....maklumlah ada umah sendiri, sapa tak suka babe....dua tingkat lak tue...seronok sunggguh....bulan 5 pindah....sebelum tue duit dah banyak habis nak pasang lampulah, air, grill, duit bonus aku pun dah habis terus untuk buat kichen kabinet.....seh! tak sempat nak merasa benda2 lain....tanam rumput..pendek kata, kira2 semua adalah 20ribu lebih habis semua untuk segala urusan nie...em...telan air liur gak dengar jumlahnya.....


ulang-alik pie keja...
Ya Allah, selama nie 7 minit jer pegi keja, bermulalah cabaran baru bila kena bangun seawal mungkin dah bertolak sebaik sahaja mentari muncul memuntahkan sirnannya....kol 7 pagi dah kuar umah, pastu terpaksa mengharungi jalan highway -tol RM2.20 tetapi tetap jem di HICOM membuatkan aku merasa macam takde gunanya bayar tol sedangkan kesesakan yg sama tetap diharungi setiap hari. Seperti ada ketidakadilan berlaku di sini......

memula tue macam2 jugalah bebelan kuar dari mulutku tapi nak buat camna,.life must go on..so kena teruskan walaupun perit. Alhamdulillah sekarang dah biasa skit dan dah tau waktu mana yg sesuai untuk kuar bekerja..hehe


suasana rumah....
seronok! rumah besar....macam2 ide (kononnya nak hias umah) tapi sampai sekrang tak terbuat sebab banyak benda lain yg lebih penting untuk difikirkan...hehe..


dapat orang baru....
Alhamdulillah....setelah scan,.baby boy! yahooo....dira mesti happy dapat adik lelaki....cukuplah sepasang untuk aku buat masa nie....tue yg segala projek terpaksa hold dulu....novel yg tak berkesudahan & menghias umah..hem......lepas nielah kot!


alahan
nasib baik mmg takde alahan, sama mcm pregnant yg first, cuma kali nie agak penat skit dari biasa....baby nie mmg aktif sungguh dlm perut membuatkan aku rasa mengantuk jer & tidak selincah masa pregnantkan dira...mmg baby boy & babby girl lain penagannya...


karenah dira...
sejak hantar nursery, dira makin menjadi2 tapi dlm masa yg sama dia juga bijak, kesian juga bila dia mengadu asik dicubit digigit oleh sorang budak nakal, tapi dlm masa yg sama dia belajar banyak benda, dah pandai baca doa, menyanyi lagu, berkawan cuma bila balik umah, perangainya yg minta perhatian kadang2 buatkan org geram, nak marah pun ada tapi apa2pun dialah penawar hatiku dan papanya....