sHoppiNg GirLs LiKe You....

sHoppiNg GirLs LiKe You....

my heroes

my heroes
dari kiri, dira, damia & qimie

Thursday, December 28, 2006

antara gay & adik2


sepanjang 5tahun aku bergelumang dlm dunia kewartawanan, aku mula mengenali golongan yg keliru gender ini...atau mereka lebih suka membahasakan diri mereka mak. Mereka juga dikenali dgn nama adik-adik. Panggilan dulu2 yg tak berapa popular seperti nyah, pondan mmg tak popular dah...

aku mula mengenali mereka kerana officemate pun ada yg macam nie, rakan2 mekap artis, fesyen designer & mereka yg terlibat dlm urusan kahwin2 nie....ramai lelaki lembut malahan ada juga yg berperawakan perempuan, di sini aku tak mahu menyentuh ttg keperibadian sbb bagi aku peribadi seseorg adalah kerana diri mereka sendiri & itu isu sensitif bagi byk pihak kerana ternyata kerjayaku membuatkan aku makin mengenali diri mereka & juga ada yg menjadi kawan walaupun tidak akrab.

gay - golongan ini dari segi luaran mmg tak nampak kekeliruan gendernya, cuma nafsu mereka sahaja ke arah lelaki. Mmg susah untuk mengecam mereka sbb perawakan spt seorg lelaki tulen & klu yg hensem tue, mestilah ramai pompuan suka tapi biasalah dah tentu mereka menolak dgn cara terhormat.

adik2 - ramai golongan ini, berpakaian masih spt lelaki, tetapi berambut panjang dgn pelbagai gaya, ada teknik rebonding, mengurai & pelbagai lagi. Klu nak drag pun mereka akan melaram pd majlis2 private, misalnya pertandingan ratu cantik.

pondan - ada juga yg berpakaian perempuan sepanjang masa hingga org ramai tak tahu pun bahawa 'dia' sebenarnya seorg lelaki, dr segi fizikal, siap dgn gunung membuak di dada & kulit yg mulus cuma suara susah untuk ditipu...mmg susah skit utk menukar suara yg halus. (perlu makan pelbagai pil & latihan keras).

perempuan tapi lelaki - yg telah menukar jantinanya sama sekali, gerun juga mendengar ceritanya tapi mmg berani sungguhlah. Malahan jgn tak percaya, nama dalam mykad pun leh tukar nama pompuan...aneh tapi tidak mustahil.

pendapat peribadi - mereka mmg pengemas orngnya sampaikan meja dia lagi bersih dari meja aku yg penuh dgn macam2 dokumen & buku, suka menolong & sikap mereka yg lebih bertolak ansur membuatkan aku rasa lebih selesa utk bekerjasama, kutuk2 pun boleh...hehe..itu sajalah..harap tak menyinggung perasaan sesiapapun

Wednesday, December 27, 2006

kisah pejalan kaki.

every morning, aku perlu melintas jalan yg sesak utk sampai ke ofis...jalan ini mmg sentiasa bertali arus tanpa henti sebab jalan utama kan! almaklumlah pula shah alam mmg penuh dgn kilang & ofis yg besar2 jadi jalan sentiasa bz kecualilah ada cuti seperti Keputeraan Selangor ke...hah..masa tue mmg jalan lengang sikit.

mmg ada lintasan pejalan kaki yg memerlukan kita memicit butang, pastu lampu isyarat yg hijau tue akan bertukar pada kuning & menyala2 seketika sebelum bertukar pada warna merah selama 25 saat & masa inilah yang digunakan utk melintas jalan. Mula2 melintas tue rasa takut yg amat, teringat kes accident masa kat Penang 7 tahun yg lepas masih segar diingatan. Rasa macam kereta tue begitu dekat dgn aku & tak nak berenti pun dorang...
then, selamatlah dgn semua mata memandang kearah pejalan kaki yg sorang nie....dulu fikir2 gak, cukup ke masa yg diberi, singkat sgt, tapi sebenarnya lebih dari cukup, cuma seganlah klu org dok memandang kita dlm masa yg sama kita memandang kereta sbb mana tahu ada jer mat rempit yg tak makan saman terus jer memecut...

aku cakap based on experience sebab mmg aku dah hampir kena langgar...peristiwa nie berlaku lebih kurang 3 bulan lalu kot! masa tue mmg lampu merah utk keta & lampu hijau utk pejalan kaki, so confident jer aku melintas tanpa menoleh kearah sebelah kanan & kiri sebab kereta yg jauh di depan aku dah stop, so aku imagine walaupun takde kereta yg dekat nie,,,tentunya dia stop tapi bayangkan aku dengar bunyi hon yg bertalu2 dari sebelah kiri, aku heran gak, hati kecilku berdetik, napa dia nie? honkan aku ker?

aku menoleh & mmg dlm jarak yg beberapa meter sahaja, sebuah kenari sedang bergerak dgn lajunya kearah aku, panik sekejap & aku stop jer, pastu dgn tiba2 aku berlari sekuat hati, kereta tue terus berlalu dgn laju sekali...aku mengurut dada sekejap....kereta lain pun cam terkejut dgn tindakan kenari biru tue, rasa cam pelik pun ada...napa dia tak stop jer @ dia mmg dah laju sgt sampai klu dia brek mengejut, mesti aku dah kena dah!

mmg rezeki aku hari tue, nasib baik, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah banyak2, tapi yg ralat skit, bila balik malam ke opis & masa rilek2 tgk tv, baru aku sedar, gelang kaki aku dah takde, maknanya memang dah terlucut dari pagi & satu hari suntuk aku tak perasan pasal gelang kaki yg hilang nie...nak buat camna kan!..rezeki aku sampai situ jer,...

cuma yg sedih sbb mak aku bagi gelang kaki tue masa mula2 nak keja...sedih sungguh tapi semuanya ada hikmah...

nak lintas jalan skrg pun rasa ngeri tapi tuelah life must go on kan!

gangguan internet


semalam cuba log in byk kali tapi asik tak dapat masuk umah sendiri jer...disebabkan gempa bumi yg berlaku di bawah tanah di Taiwan, hem....tak dapatlah nak mencoret sesuatu, serta merta lak idea hilang.


dengar berita hari nie lak, katanya Taiwan menjangkakan proses pembaikan kabel akan mengambil masa 3 minggu? What? 3 weeks? Lamanya, tapi i dont think so sebab hari nie pun dah boleh blogging, mungkin jangkaan masa mereka saja. Tapi klu takde internet, dok kat opis pun rasa tak betah sebab byk info & maklumat kena cari tnrough internet gak...semalam google pun tak dapat, ari ni ok kot!lagipun ari ni & esok jer....lusa dah sampai kampung..jeng2..so seminggu gak tak menjenguk blog sendirii hehe...

Monday, December 25, 2006

hobi membaca






dah lama aku tak meneruskan hobi yg paling lama sejak aku mula pandai membaca...hehe...ingat dulu2 zaman sekolah rendah...mmg akulah champion membaca buku(dulu takde istilah novel, semua panggil buku, tak kira nipis ke tebal) & dulu2 masa darjah 3 & 4, suka citer kanak2 cam aku basikal merah, anak petani moden & macam2 citer yg mmg memberi motivasilah..pendek kata mmg menarik, pastu timbul lak minat nak baca buku penyiasatan..masa tue mmg tengah gilakan citer camni sampai kami adik beradik & kawan2 buat pertemuan pun ala2 perisik..



nak masuk tempat meeting kena ada pasword, pastu klu ada makanan, lagi bagus, mmg enjoy sungguh, ingat lagi watak macam Raju, Sarojini, anjing dlm 7 penyiasat, pastu lima penyiasat dalam siri gemuk & watak2 lain, mmg aku tak berapa ingat tapi kena selak library kt kg dululah gamaknya...hehe...


pastu membaca majalah Gila-Gila, Gelihati, Bujal,Ujang sampai gelak sorang2 klu ada yg kelakar, paling tak lupa, kt mana2 mesti aku bawa buku, nak membaca, masa tido, masa jaga adik, tolong mak kupas bawang pun mesti nak baca bukulah....ada lagie kompilasi kartun2 menarik mcm Tiga Dara Pinggitan.


masuk alam remajalak, suka novel cintan cintun expecially ahadiat akashah, cindralella, budak setan, joy...karya ahadiat bagi aku kena dengan citarasa remaja, dgn lenggok bahasa yg sempi, cerita dia mmg dekat dgn remaja.


tak lupa karya Enid Blyton sekali lagi, cerita sarkas, pengembaraan, keluarga, paling best, citer sekolah asrama, tingkatan 4 di seri melur & beberapa tajuk yg seangkatan dengannya... terasa aku pun hidup dalam watak2 tue...siap dgn tipus muslihat lagi...mmg aku hidup dalam dunia buku, rasa tak lengkap tanpa buku...


lagi profilik, aku suka Abdul Rahim Awang, buku dia boneka, orang ketiga, mama, saka, jejak2 songsang buat aku jadi benar2 ketagih, cara penulisan dia yg ringkas tapi penuh dgn istilah undang2 serta kejutan di akhir citer mmg best..alangkah bestnya klu dapat jadi penulis cam dia..hehe..


skrg bila dah keja, kurang skit masa membaca, salah satu reasonnya bz, dah tentu, salah satu alasan lagie ialah, internet dah ada, & aku boleh layari through internet jer citer2 yg aku sukai, tue yg jadi malas skit nak baca..hehe...tapi sempat jugalah baca buku (buku lagi bukan novel), setelah mendapat feedback bagus dari kengkawan macam citer Ramlee Awang Murshid, Hatiku di Harajuku, Nia Azalea, Hati yang Terusik, Liza Ali, Bahtera Kasih em..apa lagie...yer nantilah aku update!

kesah anak pakar motivasi

last 3 week, rasanya satu ofis timer emel gambar2 anak seorg pakar motivasi terkenal (tak perlu sebutkan nama sbb aku rasa ramai yg tahu sapa dia) mmg tergezut tgk gambar tue, rasa tak percaya pun ada sbb aku respect Dr nie kerana bila die bercerita aku boleh duduk mendengar & menghayati apa yg dikatakannya, cakapnya lemah lembut & penuh kata motivasi tapi bila nengokkan gambar2 anak dia yg mmg free hair, sexy pastu suasana pun dlm parti...aku rasa dia mmg tak gambarkan keperibadian dia...

mulanya mmg rasa tak patut tapi lama kelamaan aku sedar, setiap apa yg berlaku mesti ada hikmah & pengajaran di sebalik sesuatu peristiwa, dugaan yg Allah SWT nak bagie nie macam2, kalau isteri baik, suami lak buat hal, tapi klu suami dgr kata, mungkin isteri lak naik junjung, mungkin juga klu isteri suami bahagia...ada anak yg tak dengar kata...semua tue boleh berlaku pada sesiapa juga. Jadi takleh kata org nie tak perfect & bla bla bla.

setiap anak mempunyai perilaku berbeza, ada org kata, setiap setandan pisang, tentu ada yg buruk..jadi mungkin begitu yg terjadi pada anak pakar motivasi tadi...susah nak cakap sebenarnya..

aku pun ada anak & aku sendiri tak tau, apa yg akan terjadi pada dia...apa yg boleh aku lakukan, didik & beri tunjuk ajar yg mana baik & buruk, selebihnya terpulang pada dia. Tetapi jauh disudut hati seorang ibu & bapa, sudah semestinya mahukan setiap anak baik & mendengar kata. InsyaAllah....

3 hari cuti yg indah


bulan nie mmg banyak cuti ari isnin yer! last 2 weeks, cuti keputeraan Sultan Selangor. semalam cuti krismas, next week cuti raya haji & new year...alangkah indahnya hidup kalau banyak cuti..hehe...berangan jerlah...

hari cuti adalah hari bersama keluarga & liburan....aktiviti yg enjoy skit pi Guoman Port Dickson, sebab hubby nak setelkan keja dia...tapi balik harilah sebab semua bilik full, cuti sekolah + krismas...tapi sempatlah ke pantai & pool kejap....Ya Allah! punyalah ramai manusia yg berlibur habiskan hujung minggu....nak bawa dira main2 air problemnya, aku tak bawa baju spare dia sbb mmg tak terlintas nak main air, sekadar menghirup udara segar di dini hari jer...jadi celup2 kaki dlm air pun cukuplah...

beli pelampung baby boat utk dira, so bolehlah pi pantai bachok ker nanti sambil mandi manda, kali nie leh puas2 lah sbb aku pun akan basah sama...hehe...

lepas pi PD, terus hubby pecut ke Pandan Indah ke wedding kawannya,,..siap on the way nak sampai ada accident....memang accident nie ada kat mana2 jalan raya KL nie...

lepas tue pi jenjalan lagi sampailah dha petang, nak balik singgah beli sate kajang kat Awan Besar R&R....esoknya konon nak melepak kat umah, tapi hubby ajak pi Giant lagi, katanya ada Courst Mamoth yg baru bukak, so ada potongan sampai 50%..hhehe..cuci mata jerlah cuma beli barang makanan jer...

penat tak habis rupanya esok keja yer!...waaaa...

Thursday, December 21, 2006

Kisah kot bulu binatang (kejamnya manusia ini!)


baru2 nie dpt video klip fasal cara mendapatkan bulu binatang (utk dijadikan kot oleh seleberiti)..susah nak gambarkan camna tapi mmg menyedihkanlah sebab cara dia melapah beruang kutub tue hidup2..bayangkan....dgn muka dia yg merayu simpati tue...manusia yg bertopeng syaitan boleh dgn sesenang hati melapah hidup2...sedih sungguh menengoknya...

jadi....aku forward kt semua kengkawan lain agar perbuatan sebegini dapat ditonton oleh mereka yg suka sgt pakai kot bulu binatang nie..antaranya J.Lo & artis lain tapi aku terbaca hari tue yg Paris Hilton dah bertekad tak nak pakai lagi kot spur nie sebab dia pun dah tengok camna nk dapatkan hasilnya
....esy...esy...bilalah selebriti lain nak sedar agaknya?

Dividen ASB & bonus

tentunya saat yg ditunggu oleh ramai org akhir tahun ini selain bonus & kenaikan gaji ialah pengumuman PNB pasal dividen & bonus...hehe..akulah salah sorg dari jumlah itu...

tapi ralat skitlah..sbb pembahagian dividen tahun nie agak kureng skit compare dgn last year..hehe..tak best betul...skit bermakna kuranglah duit dlm akaun..hehe...
walau apa pun, aku masih rasa ini cara yg paling ok utk menabung walau byk sgt compare yg kata tak elok pasal ASB nie...bagi aku..its ok...lagipun dpt dividen lagi..so oklah kan!

dah habis desperate housewives

dgn bangganya aku nak tulis kt cinie..bahawa aku dah habiskan games yg agak lama juga nak dihabiskan sbb byk keja lain yg lebih penting..hehe...happynya aku rasa bila habis & semua watak berbahagia...hehe

nak main games lain? rasanya dah tak berani kot! sbb penangan games nie dasyat sebenarnya..klu dah main games..rasa takleh tinggal & buat masa nie aku rasa biarlah dulu..byk lagi kerja lain yg perlu disetelkan ...hehe..

anyway...enjoy main games nie...sejak dah lama sgt tak tengok drama bersiri kt tv nie...season 3 lum tayang kat tv lagie

Banjir di Johor

(gambar : Utusan Malaysia)

minggu nie tak lain tak bukan semuanya kecoh pasal banjir di selatan tanah air, cam tak percaya pun ada sbb musim tengkujuh nie ramai yg dah get ready di Pantai Timur (expecially Kelantan & Terennganu, tapi sapa sangka, kt Johor yang terlindung dari angin monsun pun leh terkena banjir yg dianggap paling buruk sejak 100 tahun lalu...hem............

teruk juga Kota Tinggi, umah mak mentua & bapa mentua aku...nasib baik umah mereka tinggi, jadi banjir tak masuk kedlm umah, cuma kt belakang umah tue mmg dah banjir pun, digenangi air...stesen minyak BP, jambatan semua rumah lain mmg dah digenangi air pun...nak buat camna,...musibah camni boleh berlaku pada sesiapapun...masa hubby call ari tue pun...mak tengah masak bubur (sebab banjir katanya) yelah sebab pengangkutan lumpuh sama sekali, kedai pun dah tak jual brg...nasib baiklah mak mentua aku nie mmg dah siap2 simpan bekalan makanan asas, so takdelah kebulur...harap2 banjir akan surut sbb mmg bajet nak balik krismas nie asalnya...

klu tengok gambar tue, air dah sampai ke bumbung, kereta semua dah tenggelam..takleh imagine camna nak repair enjin tue nanti..dah tentu2 kena oberhaul habis..mau makan beribu2 ringgit sebab insuran tak cover bencana alam kan!

hem...nak balik kelantan pun lum tentu lagi sebab gua musang pun banjir...huhu.....tak taulah camna...

Monday, December 18, 2006

breakfast di Ikea

pagi sabtu yg lepas, tak tau kemana sbnrnya tapi hubby terus ajak cuci mata kat Ikea..best gak sbbnya dah lama tak kesana...bukan apa selain cuci mata dapat juga tips2 skit camna hias rumah walau dlm keadaan sempit..harganya takyah cakaplah..kalau furniture tu mmg mahal gak tapi ada yg murahnya & yg berbaloi..siap beli bear bentuk giraffe utk dira & eisya, bear ketam utk wani & bear kura2 utk arif.. (3 org anak buah hubby yg dok t'ganu nie menjerit kesukaan bila dpt tahu dapat hadiah lagi)..hehe

sebelum tue kitaorg gie breakfast kt IKEA, mak datok!!! punyalah ramai family yg beratur kt situ..cam tak caya pun ada sbb beberapa bulan lepas kot! pi breakfast kt sana...mmg takda ramai sgt pun tapi skrg kena q berjela2..siap klu nak telur separuh masak pun letakkan sendiri dlm bekas yg disediakan tue...hubby senyum2 saja smbil tenung kt aku...yerlah tue..nk cakap pasal hidup dia kt oversea lah tue..hehe.....

pastu lepas bayar bil lagilah terkejut sbb mmg murah, bygkan dgn 2 biji telur masak separuh, nasi lemak lauk ayam goreng, kopi & minuman sejuk cuma RM3.25 jer....no wonderlah ramai yg dtg breakfast kt sini sbb mmg teramat murah,...murah dari restoran yg biasa aku breakfast pagie2...hehe...tapi nak dtg selalu takleh lah...jauh sgt klu semata2 nak breakfast...

lepas geram..tensennya..


aku geram last friday sbnrnya....problem nie dah berlaku lama dulue & reda dah tapi semalam bila dgr suara org tue lagi..dgn nada berlagaknya dia boleh buat kerja tue tanpa perlukan aku cakap2 membuatkan aku bertambah bengang...

aku tak nak tulis apa yg dia cakapkan sebab nanti aku bertambah marah....tensen sungguh..betul2 aku lepas geram kt org sebelah aku..nasib baik dia pandai coolkan aku..apa? dia ingat hebat sgt setakat baru 2 tahun ............................? mmg itu kepakaran dia tapi takyahlah cakap dgn nada menyindir sgt..macam aku nie merayu...terpaksa menagih simpati semata-mata utk mendapatkan cerita dari org yg diinterview..aku memang bengang nie....

Thursday, December 14, 2006

Dira & pingu

anak daraku seorg tue yg berusia 2 tahun 4 bulan skrg nie mmg tengah gilakan citer pingu, tak kira masa, pagi, ptg, siang malam, mesti nak suruh mama & papa bukakan citer pingu...hadoi! smpi nak tengok berita jam 8malam pun terpaksa memujuk2 ...tapi bukan makan pujuk pun sidia nie...

tapi dh kena marah skit, baru dgr kata...tapi yg seronoknya pingu nie compare kartun lain ialah

1) ilustrasinya berbeza skit kan! tak sama dgn kartun biasa, aku tak tahu apa teknik yg dorg pakai, selalu gak aku perati tv, almari, meja dll dlm pingu tue...dia buat dr apa ya? tanah liat ker? teringat cam gumby yg aku minat dulue...


2) citer dia pasal family type...so nie mmg seronok sbb pingu nie mmg nakal tapi diakhir citer ada pengajarannya, jadi walaupun dira takkan faham skrg, dia akan faham gak nanti...


3) bolehlah tgk 2-3 kali, lebih2 tak boleh..tapi yg herannya dia leh tengok walau dah berpuluh kali ulang tayang, walau dah ada 6 cd pingu kt umah, kena beli lagi lah nampaknya, kesian dok ulang tayang citer yg sama....dan aku???kena beli tv lagi satue

real friends & cyber friends

real friendnya ialah mereka yg selalu berdamping di alam realiti, berbual, bertentang mata, berkongsi suka & duka (kalau benar2 akrab)....em ramai....

cyber friend lak mereka yg bertembung di forum, jadi memandangkan aku mmg suka berforum tetapi tidak suka sgt menambah citer kecuali pada yg benar2 perlu sahaja, jadi rasanya tak ramai kawan yg mengenali kot, jadi bila blogging nie, harapnya dapat menambahkan kawan.
real friend nie ramai sgt bila tengah sekolah & berada di IPT, either jumpa kt bilik persatuan, kafe, masa tgh beraktiviti dan macam2 lagi, tapi bila dah keja nie, agak krg skit kemesraan tersebut. Sebab berjumpa dgn org yg berbeza hampir setiap hari...jadi perkenalan terbantut setakat itu @ juga hanya berurusan ketika mempunyai urusan penting semata2. em.....
cyber friend lak, dolu2 suka gak berchatting, tapi skrg nie takdalah...tak kuasa....jarang nak communicate..ntahlah..aku bukan jenis yg dok dpn pc...pastu berYM jer, cuma mmg aku suka surf forum sbb banyak ilmu leh kutip..hehe..silent reader katakan...

rindunya kt real friend yg masing2 dah bawa hala tuju sendiri..ada yg dah lost contact,...camna nak contact balik yer????cam takde harapan jer...

cyber friend-er....aku lum buka lagi kt anyone, segan lak rasa nak share story dgn semua org, nantilah satu masa...hehe

Wednesday, December 13, 2006

beza antara artis & model...

ada org tanya, apa beza antara model dgn artis?, memandangkan aku sentiasa terlibat dgn model berbanding artis (hanya utk cover semata2), so aku takleh bagi pendapat yg telus (mungkin?) tapi mengikut pemerhatian & pengalaman, aku leh ceritakan lebih kurang lah yer

1) Pendapatan mereka

artis - sama ada mereka bergelar penyanyi, pelakon @ selebriti (pelukis tak masuk ya!)...so pendapatan mereka melalui pelbagai sumber, ada yg leh buat ketiga2 tue,tapi adalah beberapa kerat, yg ramai join 2 bidang cam berlakon, pengacara cam sazzy falak tue, takpun nyanyi, berlakon cam erra fazira...


model - sama ada model catwalk (nie kena yg tinggilah, klu female, 165cm is the best, klu rendah cam susah skitlah, sebab catwalk kena outstanding kat pentas) tapi klu model komersil @ magazine, ketinggian tidak diutamakan, faktor comel & fotogenik lebih diberi perhatian), so ada yg terlibat semuanya cam amber chia, aleeza kasim dll.....


2) masa & disiplin

artis - memandangkan mereka cari rezeki dlm bidang yg sentiasa sibuk, jadi masa utk media perlu diatur dgn lebih teliti supaya yg dikejar dapat, yg dikendong tak keciciran kan!...jadi biasanya kalau call artis yg tak banyak songeh ok, jarang bertunda2 tarikh shootingnya tapi ada sesetengah artis nie hari nie kata boleh, lusa takleh lak.....jenuh kita nak cari ganti..pastu yg lagi parah, janji kol 10, 10lah call kata on the way tapi haram.........kol 2 baru muncul,,,,kalau jem sekalipun takkan berjam2 stuck kat federal highway....hhehe..aku penah kena sih! (tapi bukan semualah..ada yg disiplin bagus, mmg ok)


model - dorang mmg profesional, bila kata 10am dtg kt studio, mmg kol 9.50 dorang dah sampai, mmg sharp (kecualilah ada problem besar cam ada eksiden ker...) tapi biasanya dorg memang atur awal..lagi2lah klu catwalk...mmg satu hari..sbb pagi kena reheasal, petang baru start show...biasanya fesyen show nie tak lama...dlm 2 jam session jer...tapi persiapan mmg lamalah.


3) kerenah

artis - er...camna nak start yer...klu yg baru2 nie oklah...jumpa reporter cam kitaorg nie cam rasa bersyukur sgt, jumpa..tegur sambil tunduk2....salam cium tangan tau! hehe respek punya pasal...kita pun cam rasa besar jer...hehe..plg tak lupa masa adam dtg, salam sambil tunduk...hehe..."apa khabar kak" bukan dgn aku jer,...dgn semua org dia salam..yg cium tangan lak ramai gak..tapi plg aku ingat..annahita bakavoli sblm dia bergelar dewi remaja lagi...


tapi klu dah lama skit, dh pakai PA, cam susah skitlah..yelah! dah mula sesuaikan diri..yg pasal salam tue ok lagi..cuma ketepatan janji tue susah nk cakap, kadang2 berbelas2 kali call,pun asik masuk voice mail jer...tensen jer rasanya....pastu klu ada perasan mcm diva lagi haru...nak melayan kerenahnya pening den!


model - tak kira lama @ baru, ketepatan masa ptg, klu takleh buat, ckp terus terang mmg takleh buat either ada job lain yg lebih lumayan @ ada hal...doesnt matter..senang buat keja, biasanya dorg nie pendiam, klu ada yg kepoh2 skit mmg cerialah shooting, PA? mana ada...rasanya majoriti takdelah selebat artis kot incomenya...tue sebab ramai yg terjun bidang seni, salah satunya sbb income & glamour...antaranya ialah fasha sandha.


buat masa nie tak terpikir yg lain lak, tunggulah, klu ada nak tambah, aku add jer nanti

besday my mum yg ke51

emi sms "along hari ni hari jadi ma, emi dah beli hadiah, along belilah".....aku tergezut kejap...hem...walaupun hari2 aku call my mum, tapi mmg terlupa pasal besday dia..rupa2nya dah memasuki umur 51tahun....sudah separuh abad usianya....kejauhan membuatkan aku sentiasa menelefon dia setiap malam....malah boleh dikatakan kalau aku terlupa atau terbz, mama akan call bercakap dgn dira, satu2nya cucu kesayangan dia....apatah lagi dira makin petah bercakap dlm nada pelat dia..hehe...

Shah Alam-Kelantan-Johor....begitulah rutin kami sekeluarga....kadang2 penat tapi bila memikirkan jasa2 mereka yg takkan terbalas walau hidup seribu tahun lagi membuatkan aku pejam mata sebelah jer bila travel balik kg....kg hubby di Kota Tinggi juga tak kulupakan...

paling aku terasa bila bersalinkan dira 2 tahun dulu, dgn kesakitan yg tidak terhingga, sukar utk digambarkan dgn kata2, hanya org yg bergelar ibu sahaja tahu tentang sakit bersalin ini membuatkan aku menghargai jasa2nya yg pernah melahirkan 7 nyawa, bagaimana ya? aku dgn satu anak pun bersabung nyawa dalam menzahirkan seorang insan kecil tapi mama? tujuh nyawa? sungguh besar pengorbanan seorang ibu? tika itu, aku cium tangannya, aku usap dan peluk dengan tangisan yang penuh kesyukuran memiliki seorg ibu yg sungguh mengerti...

mama- u r everything 4 me....jasamu tidak akan ku lupakan hingga hayat dikandung badan

lagu2 yg mengusik jiwa

pagi tadi masa iron baju, buka channel 15, sajalah kot2 ada lagu2 best..hehe...memang hari nie rezeki kot..ada macam2 lagu yg menyentuh perasaan sbb lagu2 nie mmg popular ketika zaman sekolah2 dulu, pastu masa belajar kat USM kira2 7 tahun lalu, kira lagu2 nie mmg jadi halwa telinga zaman tengah melompat2 riang bagai kanak2 ribena...

- the boy is mine- brandy & monica.
-semua lagu westlife.
-semua lagu boyzone.
-semua lagu backstreet boys.
- semua lagu N'sync.
-sesetengah lagu linkin park...
hehe..pendek kata mmg dolu2 punya style, memang menghafal lagu dorang jer...pastu bergossip sesama member..ada satu kawan aku nie mmg minat giler si brian, habis gambar & poster menghiasi bilik masa study dulu2lah..tapi tue dulu, skrg masing2 ada haluan sendiri & takdelah minat giler pada bandboys nie...tapi bila sesekali dengar lagu yg mendayu2 nie...rasa syok lak..mengimbas kenangan dulu2.....

kena cari baliklah vcd dorang, tapi rasanya dah takde kot...maklumlah dah pindah randah katakan

citer britney spears lagie

dua hari lepas baru jer dpt gmbr penyanyi yg baru jer 'potong kek' nie....ada 8 shoot dia dok dlm keta yg diambil oleh paparazzi..huhu...3 keping pertama oklah..pastu bila yg seterusnya...Ya Allah! tak sanggup nak diceritakan.....boleh dia tak pakai panties & mmg nampak terang2an sensor2 tue..huhu..dasat woo....aku pun tak sanggup tengok..terus delete terus..giler betul minah nie..klu without bra tue mmglah biasa kt hollywood, tp rasanya aktress kt sana masih jaga kepentingan yg satu lagi tue..takkan nak tunjuk free jer...apa klassss

dahlah ari tue, dengar citer pasal persatuan kebajikan ker hape tengah siasat sbb si britney asik berlibur tanpa mempedulikan anak dia (sean & preston, if i'm not mistaken)skrg nie lak asik bersosial dgn bintang ternama yg takde hapa2..harapkan publisti jer lebih..sapa lagi kalau bukan paris hilton tue...

dia macam dah hilang arah atau mungkin terlalu kecewa dgn dua perkahwinan yg dulu atau mungkin britney terlalu muda utk bergelar ibu...apa2 pun...harapnya anak2nya terbelalah...aku takleh tengok budak2 nie apatah lagi babby yang kiut2 nie,...itulah hati seorg ibu sahaja yg akan mengerti betapa tidak ternilainya seorg anak dlm rumah tangga....huhu...

Tuesday, December 12, 2006

American Next Top Model


realiti televisyen under Tyra Banks, mulanya aku tak tengok sgt cite nie..tak minat kononnya, tapi start dari ANTM4, minat tue dah mula bercambah sikit demi skit hingga aku tengok sampai habis, pemenangnya naima...mmg best, superb, apatah lagi memperkayakan ilmu kalau aku nak buat sessi fotografi (shooting nanti)...sampai ANTM5-nicole....smpi la nie ANTM6-sedang berlangsung di Channel V-72 ASTRO(lum tahu sapa menang lagi)

idea, pose mereka dari yg polos tanpa mekap sehingalah mekap setebal beberapa inci menunjukkan sapa2 yg nak jadi model bukannya senang, penuh dgn ranjau & liku,tapi biasalah, namanya pun realiti tv, mesti ada yg tak puas hati bila peserta favourite kena eliminate...sama cam aku...

yg plg best..juri2nya..yg aku plg suka, nigel barker...famous photographer yg rambut satu inci..hehe...kiut jer dia...pastu twiggy pun ok...lagenda katanya..tyra mmg mulutnya becok yer...tapi aku tetap suka cara dia komunikasi dgn finalis...very profesional...cuma kdg2 nampak juga dia bias..yer...semua manusia biasa katakan...

& at last...ANTM6 pun dah habis...the winner is danielle...upset skit sbb aku harapkan joanie yg akan menang sbb gambar dia mmg cantik belaka & ada karektor yg tersendiri...by the way..tak sabar nak tunggu ANTM7

Belajarlah bersyukur..

sekadar paste dari emel untuk renungan bersama.

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


.HAVE A WONDERFUL DAY!!!BELAJARLAH BERSYUKUR.......

Monday, December 11, 2006

shooting cincin mahal....

kerjaya sbg wartawan mmg menakjubkan, membolehkan aku mengenali segenap lapisan masyarakat dari yg biasa2 sampailah kepada korporat ternama...kalau kena pada shoot produk expecially cincin..mmg tak jemu mata memandanglah sayugia editor kitaorg mmg suka sangat dgn cincin....bermacam2 jenis & warna....yg paling best boleh sarungkan di jari manis...dapat gaklah merasa memakai cincin mahal yg berharga ratusan ribuan ringgit...

ari tue shoot kat Alya & Co, La Puteri & Tous Starhill...cincin yg paling murah pun harganya RM6ribu..hehe..telan air liur jerlah..takdenya nak menghabiskan duit nak membeli cincin2 yg mahal nie...yg peliknya walaupun harganya mahal...tetap ada pembeli jadi aku tanyakan sapa yg beli cincin2 nie? adakah mak datin semata2?...dorang kata tak semestinya..ramai gak org yg berduit (expecially org yg tgh asyik masyuk bercinta nie belikan girlfriend dia cincin yg mahal ni) huhu....banyak duit babe...

mmg cuci matalah nengok cincin berlian, white gold yg berkilau siap dgn butiran permata berwarna & design yg pelbagai...camtuelah..kerabat diraja bolehlah membeli..kita nie..tunggu bonus bolehlah merasa skit..hehe

antara fantasi bawang putih & bawang merah

rasa tak lengkap klu tak bercerita pasal telenovela yg mmg tgh hot tip top skrg nie...tak lain tak bukan bawang putih bawang merah....citer ni dapat perhatian ramai sebab citer nie pertembungan antara baik & jahat secara nyata...sampai jadi perdebatan masa perhimpunan agung UMNO ari tuh..macam2 pro & kontra yg blh kita dengar sampai kt mana2 pun debatkan citer nan satu nie...

yg suka citer nie kata filem nie membawa mesej yg tersurat & tersirat, baik dibalas baik & begitulah sebaliknya....manakala yg tak suka citer nie lak kata citer nie langsung tak membina, siap ada adengan pari2 yg memang tak relevan langsung dengan kehidupan Melayu. Mereka tak suka citer yg langsung tak membangunkan minda.

aku tidaklah meminati citer nie tapi aku juga takdelah mengutuk citer nie sampai melalut2 & menjejaskan maruah org yg sukakan citer nie...sebab adik2, mak aku & pasti ramai org kampung sukakan citer nie...ini minat & kesukaan masing2 & jika mahu kaitkan dengan fantasi yg tak masuk akal,tue rasanya dah over expose sebenarnya...kalau nak kata mengarut citer Harry Porter tue pun mengarut gak, Lord of The Ring, nak yg lagi mengarut apa nama citer yg monyet berlakon tue---Jedi ke hape, alien lah...takdelah plak dikatakan menganggu gugat & tak membina minda org Melayu....

Janganlah memandang rendah apa yg org lain suka, bagi aku ini sikap yg tak baik, & aku sempat gak tengok citer nie semalam (semalam Selangor cuti keputeraan Sultannya), citer nie memang dramatik...dengan adengan melayu yg tipikal, pastu zooming kameranya yg memberi penekanan pada satu watak membuatkan penonton merasa terlibat dgn citer tersebut...apa yg ptg, mesej yg ingin disampaikan tue membuatkan penonton merasakan dunia ini ada keadilannya, ya! baik dibalas baik & jahat juga dibalas dengan kejahatan....so ini mesej yg baik...

games desperate housewives

sekarang nie dah sebulan kot, tengah gilakan games desperate housewives, pantang ada masa terluang skit, pasti aku akan masuk bilik komputer & onkan main switch pastu terus main game nie...(maklumlah...aku nie tak biasanya main games2 nie, nengok jer hubby main games yg attack kampung org, pastu main games lumba keta,pool & mcm2 lagi)

tapi bila ari tue dia bawa balik games desperate housewives nie cam best jer...huyooo...bila dah masuk games nie..rasa tak nak blah dari pc...best yg amat....siap ada watak sendiri, boleh pilih muka hubby & anak laki, siap aku namakan diriku sendiri katie & hubby -mr.reeves....(sbb minat giler kat keanu reaves)..pastu mula berangan cam dulu2....bercinta bagai nak rak..hehe

yg tak berapa bestnya kita kena ngikutkan apa yg dikehendaki setiap episod, nak kena setelkan byk benda baru beralih ke episod lain....tapi oklah bila dah sampai satu part tue my hubby (watak citer tue) cuba digoda oleh sectary dia sendiri...(huhu & aku pun terpaksa mulakan penyiasatan sendiri) & kdg2 aku rasa aku setelkan masalah tue lagi awal dari episod tue bergerak sendiri - means masa aku dah setelkan problem tue....game tue masih belum ada current goal lagi jadi terpaksalah aku mengemas rumah, touch-up diri sendiri, dan macam2 lagi...
aku----bilalah nak habis citer nie...? selagi tak abis rasa teringat2 jer nak setelkn..cam tak best tinggal tergantung2 nie

Wednesday, November 29, 2006

kenangan masa raya (24okt)

seronoknya tahun nie dpt balik raya kelate..hehe...last year balik johor...bukan tak suka balik umah mentua tapi sapa2 sekalipun mesti lagi suka blk umah sendiri..satu kepuasan bagi setiap org..ini pendapat peribadiku..hubby geleng kepala jer dgr statement nie..hehe

sebagai cucu tunggal, dira menjadi sebutan & rebutan adik beradikku, abe, emi & ajie, dipanggilnya makngah, abe-paklang & emi panggil emi jer sbb emi pun masih budak2, baru darjah 6...jadi bila balik kampung nie, aku mmg rileks skitlah sbb dah tentu dira dgn mak & bapak sedaranya nie melayan dia habis2an..so tak kesahlah kan! nak dijadikan citer...semua game dia tahu main, dari daun terup (ala yg kira2 nie) pastu sahibba, carom & beberapa game budak besar lain...tapi bila dah tahap boring, takdenya dia nak stay dgn benda tue...

for me-seronok klu umah dekat2, boleh dorang jumpa selalu, tapi nak buat camna, tuntutan kerjaya memerlukan kami berjauhan, sedihlak plak...

citer Frim & Jln Ipoh (25-26nov)

ari sabtu & ahad mmg hari weekend & of course malas tue mmg ada..rasa cam susahnya nak bgn pagi tapi hubbyku yg disayangi itu lak mmg takleh bangun pagi tapi tido lak lepas tue sedangkan aku lak sukanya lps solat subuh, tido balik, bestnya dapat tarik selimut..hehe..

jadi lepas siapkan dira,mandi, we all breakfast kt restoran azrina di sc11, cam biasa, aku amik mee kari, dira meehon goreng dgn ikan bilis kesukaan dia, hubby lak amik lontong, lepas jer breakfast....hubby suggest pi tgk umah kt bandar puteri..kot2lah ada umah yg berkenan utk dibeli....(mmg dlm kepala, plan nak beli umah scpt yg mgkn, tak sabar rasa hati)..so pegilah kesana..dlm perjalanan rasa jauh giler...ntahlah..biasa pi ofis dr sc7 ke sc15 mmg cepat, dlm 7 minit dh smpi tapi bila jauh2 nie mmg tak biasa giler...terasa membebankan sgt tapi mgkn dah lama2 nanti ok kot!....

lps tgk umah,dlm kol 11 pi jalan ipoh utk wedding di jalan ipoh..huhu...jauh giler..dgn sesat lagi....sampai dah penat layan dira dlm keta..budak tue mmg aktif jadi klu travel lama sgt..dia naik boring, terpaksalah aku mengacah & tunjuk macam2 panorama di luar (yg sebenarnya keta yg berderet saja) nasib baiklah ada gak keta yg letak benda2 yg bergantungan macam pooh, nemo..jadi adalah citer yg aku nak goreng..hehe..

sampai jer umah pengantin, mekap lum habis lagi..jadi aku pun menjajah di khemah, mencari makan..hehe....makan lagi, camna badan tak membesar bagai johan seh!bersama dira,pendek cita...wedding habis kol 4, balik umah, esok nak datang lagi....ke frim kepong....

frim, kepong,...
nak pegi ikut jalan yg hubby tau tp mmg jauhlah..ttapi seronoknya bila balik..ada signboard yg tunjuk jalan alternatif sungai buloh...dlm hati aku..bestnya...mas atue hujan lebat, jadi kena jalan berhati2 takut terlepas signboard tue satu hal, takut masuk lopak ker hapa ker...
jadi perjalanan yg memakan masa sejam 5minit pagi tadi jadi 45minit jer balik ke shah alam...
moral of the story- banyak berjalan, luas pengalaman..betul kata org2 tua nie kan!


Thursday, November 23, 2006

SSF Home Furniture launch (23nov)



ke SSF Damansara utk launching perabot barunya (sebelum nie SSF popular dgn dekorasi rumah & langsir)....eric leong (casa impian) yg sentiasa welcome tetamu yg datang....mulut dia tetap becok mcm dlm siri tv tue....tak lama lps potong reben, dptlah tgk koleksi perabot2 yg ada kt sana,,,,sekali imbas cam nak bersaing dgn ikea lak tapi dgn idea yg totally different,.

tapi reganya mak aih..mmg tak mampulah nak beli kalau dah kerusi yg satu sahaja reganya dah mencapai RM3ribu..tapi ide dorang nie mmg bestlah....dengan type yg pelbagai spt king, mcm di Paris kengkononya, pastu ada yg very music dan macam2 lagi...yg bestnya bila dapat pi bilik boss SSF nie, aku sentuh satu kerusi yg berbulu nie, rasanya kesat semacam jer..pelik lak..bukan pvc nie, detik hatiku pastu empunya bilik nie perasan & kata mmg tue pure bulu kuda....huhu..tak ke haru..kesian lak pada kuda tue...aku nie tak sampai hati klu pasal binatang dibunuh semata2 nak dapatkan bulu dia..tapi tuelah setiap org ada taste sendiri....so depend urself kan!


lepas makan, borak dgn eric leong skjp...dia kata colour yg in next year ialah pink gelap (maknanya pink yg tambah kaler susu byk)..so kaler nie yg akan naik tahun depan...so saksikanlah..byk wedding akan naik dgn colour nie kan!

Ferra Kosmolook (21/nov)


tengah hari selasa ke assigment Ferra Kosmolook, memandangkan masa shoot cover ari tue, aku tak sempat nak interview dia, so ini masa yg sesuai utk intervie dia...nak menunggu dah hampir 45minit, tak kesahlah tapi dah tengahari nie, perut pun berkeroncong gaklah...hehe..servis kat hotel cititel nie pun agak slow skit...


whatever..nampak gaklah beberapa kelibat artis yg bersahabat baik dgn erra nie...umie aida, alahai muka dia dgn erra pun lebih kurang samalh plak, betty, zahida rafik, vee & hubby & tak lupa yusry, erra punya ex husband...siap leh dok sebelah menyebelah...heran sungguh teman tapi mesra nie..klu kita org melayu, lepas pisah tengok muka pun tak nak rasanya...


lepas jer launching dan bla bla...tiba sessi press conference, tgh syok2 interview erra, tetiba adalah satu makcik nie (umur lebih kurang 35++) excited lak menginterview erra pasal produk Ferra Kosmolook nie,...macam2lah ditanyanya dari produk penggelupasan lain, takut tertipulah dll...adalah dlm 7minit gak, reporter lain muka dah toya sampai satu saat, ada sorang reporter terus kata..err..back to basic....dan terus tanya erra soalan yg sepatutnya/...


simakcik nie pun terus ditarik oleh org marketing yg sbnrnya & menerangkan apa yg harus dilakukan..kwang2....aku rasa dia mmg excited sgh bila jumpa erra fazira..hehe....tue yg terus tanya walhal itu sessi press....macam2 org adalah

Monday, November 20, 2006

di johor (18-19/nov)

balik kampung Johor.....setiap org mesti suka klu dpt balik umah masing2...macam tuelah dgn hubby aku...suka sgt sampai sengihnya sampai ke malam...aku ok jer...temankanlah mak & ayah mentua..lagipun dorang dah tua...60 & 70 tahun tapi Alhamdulillah,dua-duanya masih sihat & takde penyakit yg teruk.....plg koman pun ada sakit sendi & batuk2 jer...

anak buah hubby ada 3 org...leh jadi teman dira....& dira mmg suka kak eisya (darjah 2) selalu ke mana2 berteman dua org..nasib baiklah si eisya nie sabar gak sbb dira nie ganas skit...ditarik2 rambut si kak eisya nie..hehe...dari manalah si dira ngikut perangai yg camnie...

spjg dok sini...makan mmg best sbb kakak ipar aku mmg pandai masak, siap masak sup tulang rusa,,,,..er..bau dia agak hamis skit tapi oklah, telan jer....spjg hidup aku tak pernah menelan daging binatang lain selain ayam & lembu jer...so kira variety lah skrg nie...

pastu kitaorg pie jenjalan, nnengok pet,,,,ada berkenan dkt hamster tapi tuelah....dgn anak kecik nie...rasanya tak begitu sesuai nak bela binatang berbulu, tunggulah bila dah besar skit kot!

tido..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz (17/nov)


(gambar dira masa umur 3 bulan, lum blh duduk lagi, tapi saja dudukkan dia)
balik kg untuk bertemu kakak hubby aku yg susah sekali nak jumpa....merangkap kakak ipar aku nie mmg bersuami org kelate (sama cam aku) tapi stay kat t'gganu..so jumpa pun sekejap jer masa ari raya..adalah dalam 3 jam jer..dia mmg closed dgn kakak sulong nie....dan 3 org anak buahnya....

dlm keta..cam biasa aku dgn dira akan dok kt belakang...dan biasanya kalau dh malam, tetiba lak cuaca lak..alahai syahdu sungguh dgn hujan yg menggila/...mata pun mulalah dah terbuka tutup....sambil mulut aku melayan hubby..tetiba aku tetido tanpa sedar....pastu aku rasa keta dibawa dgn laju sekali...aku tersedar dlm mamai,..tanya hubby & suruh dia slowkan skit keta...dia kata camna nak slow...dia pun ngantuk..dahla anak tido, bini pun tido,....nak buka radio takleh..nanti terjagalak anak ku yg sorang nie..so bawa lajulah dia...

aku nak jaga & temankan dia borak tapi tuelah.....mata tue macam dah kena lekat dgn gam gajah...tapi bila dia dah membebel2..aku pun dah tak sedap hati, bukalah mata & layan dia sampai Kota Tinggi..Jauh tue hampir 400km....dalam 4 jam lebih termasuk berhenti makan sate kat dengkil....

mulalah keluar ayat2 dia "suka sgt tido, kt umah tido, dlm keta tido dll"..entahlah aku balik kg aku sendiri pun aku mmg selalu tido (nie diakui sendiri oleh mama) tapi tue dulue..masa anak dara dulu mmg tido tue kan salah satu keperluan...skrg dah jadi mak org nie..mana ada tido sgt tapi kena akuilah aku nie jenis tido lmbt jadi bila nak bangun pagi....Ya Allah..bukan main liat lagi...kunci jam kol 6, pastu off ringing, sambil rilex2.....6.30 bunyi lagi..last2 6.45 baru bangun....hehe..

tapi benda2 nie cuma family jer sedar, so aku rasa itu bukan masalah besar pun...& aku dah kurangkan habit aku nie sejak dah kawin selama 3 tahun nie

Thursday, November 16, 2006

cover with Erra Fazira


Erra Fazira, dari last week lagi nama nie dok bermain kat fikiran sebagai cover magazine, mmg mulanya dia tak nak jadi cover (disebabkan gossip dia dgn kerabat diraja havoc skrg nie, so bila dia jadi cover Pengantin tentulah org akn sangka dia akan kawin tak lama lagi) ...................huhu...........tapi disebabkan promo & gambar dia dh kuar (dah diwar2kan sblm nie akan jadi pembuka tirai 2007), dia akhirnya bersetuju..Gembira tak terkira aku..yerlah kalau tak..tak naik gaji tahun nie..hehe...

Bila dia datang tue, muka dia cam bad mood skit, aku mulalah cuak skit, hadoi....dahlah aku mmg tak biasa sgt dgn diva2 nie..camna yer nak berdepan & nak mengarah2 nie...rupa2nya dua2 baju Bernard Chandran tak muat dah kat badan dia sampai korset yg dipakainya ada kira2 seinci ruangnya...mmg tak muat..hati ku dah kecut, terus bagitau editor, sampai tak tau nak pikir camna, kalau model mmg aku dah suruh pakai jer, lepas tue kepitkan jer dgn cangkuk or whatever yg boleh melekatkan benda alah nie...tapi takleh sebab dia nie star, takkan aku nak paksa gak...nasib baiklah che pah ada bawakan baju zang toi (masih fresh lagi fesyen KL week) so terpaksalah pakai baju yg nie...tapi tetap seksi...

beberapa kali erra terpaksa mengangkat baju dia yg agak terdedah kat dada, dlm hati, rasa bersalah yg amat sgt pd erra, tapi nak buat camna, plan asal dh lari habis, baju tak muat, terpaksa pakai baju lain...shooting pun kejap sgt...sbb dia terpaksa rushing utk program yg lain....dlm tak sempat tue sempat aku suruh erra potongkan kek NEw Year 2007 (aku beli dari Secret Recipe lagie), & she's very sporting...nasib baik tapi tak sempat interview sbb dia mmg bz...

dia mmg cantik, em...org banyak duit mmg boleh nampak cantik setiap masa...

luana & bruno


nih gambar luana yang peramah & bruno yg agak pendiam tue...hehe..macam maniqueen jer dorang berdua nie...lagi satu nie baju dari binwanis & jgn tak tau..evening dress yg dipakai oleh luana tue sbnrnya ialah fabrik sepanjang 4meter, digulung2 & dijadikan fesyen menarik sih...
lupa lak...luana nie makna dalam brazil 'moon lover'

Wednesday, November 15, 2006

surgeri gigi (13.Nov.06)

ari yg agak mendebarkan...akhirnya aku terpaksa gak surgeri gigi bongsu yg dah lama berlubang nie..kena buat gak sebab dah tak tahan menanggung sakit sebab kedudukannya yg agak senget (dekat sangat dengan rahang)....appoiment kol 8.30.....7.45 lagi aku dah terpacak depan klinik, masa tue dah ada sorang teenager (bangsa India) tengah merintih2..agaknya tak tahan sakit..

bila aku tengok muka dia, dia kata "tak tahan sakit kak"..aku senyum saja...tapi bayangkan rintihan dia tue begitu menyesakkan dadaku....siap dgn nangis2 lagi..nurse yg ada kat situ kata sabarlah..doktor sampai 8.30..dia siap kata camna nak buat aduan ya! pastu nurse tue kata.."tue ada kotak, tulis jer aduan kat situe" dia merintih lagi sambil tengok jam pastu tanya "lambat lagi ke kak?" nurse tue kata "kalau tak tahan sakit, meh saya bawa jumpa doktor"..lega hati aku...(bagi aku memanglah sakit gigi tue tak tertahan...kan sakit gigi sakit nombor dua selepas bersalin) tapi takyahlah tunjuk2...rilek jerlah kan....

tak lama, doktor pun panggil, so aku kena X-ray dulue..huhu..cam takut jer...pastu kena panggil..doktor check pastu bius....4 bius lak tue...siap cakap "disebabkan kedudukan gigi bongsu awak, senget, kita kena operate....tapi saya kalau boleh tak nak potong tulang sbb klu potong tulang akan jejaskan saraf, hentakan saraf nie akan menyebabkan kebas, mungkin 2 hari, 2 minggu, paling lama pun 2 bulan tapi klu saraf tue putus mgkn akan kebas selama2nya..aku punyalah kecut perut,...sampai doktor tanya nak teruskan ke tak..aku kata takpa..saya kena yakin..

pastu kendian, mulalah cabut gigi...aku mcm stress skit..dok pun kata rilek..sbb dia cuba sedaya upaya tak nak potong tulang, setelah puas menggoyang...nurse pun kata Alhamdulillah..doktor pun macam lega...aku lagilah lega...hehe....pastu doktor kata dia buat 3 jahitan..next week dtg lagi utk buka jahitan....

balik...kebas lum hilang...kol 10.30 bila kebas hilang..dah rasa denyut, makan ubat pastu tido...kira ari nie cam tak buat kejalah..mmg rasa ngantuk & penat jer...nasib baik hubby & dira faham..tk banyak merengek jer puteriku seorg...

shooting di rumah Mak Datin (15 Nov 06)

Pengalaman manis bersama Luana & Bruno.

hari pertama keja selepas 2 ari mc, pipi masih bengkak dek disebabkan surgeri gigi ari isnin ari tue..semua rakan opis dah tanya2...nape...mmg nampak lain sangat...terpaksalah aku merepeat beberapa kali cerita yg sama..hehe....yg pasti muka aku nampak lain sgt...memang bengkak lah...
nak buat keja pun takde mood..doktor kata bengkak 2 ari jer..sampai ari ni bengkak lagi..nak buat camna...pastu shoot dgn model mat salleh..luana & bruno..janji kol 11, tapi datangnya lmbt...11.21 baru diaorg sampai..rupa2nya lmbt sebab teksi cekik darah, tak nak pakai meter...ada yg caj sampai RM40-50...(dorang dah biasa travel kat m'sia) so dah biasa dtg karangkraf, tahu harganya baper....jadi takyahlah caj mahal...lama menunggu teksilah..pastu tunggu punya tunggu...dapatlah teksi guna meter...RM27 dr KL ke Shah Alam.

Pi Summit USJ, umah Datin yg dari luar jalan jer,...mmg cantik betul rumah dia..besar dan luas...start mekap dan terus shoot...apa yang menariknya Luana (model perempuan nie dah ada anak yg umurnya setahun setengah)dan dia betul2 talkactive....memang peramah sungguh..jarang nak jumpa model mat salleh yg peramah..macam2 dia citer..pasal anak dia,live dia yg travel ke sana ke mari dan memang seronoklah...

bruno nie lak pemalu skit & mungkin sebab dia baru je travel, umur baru 19thn....sepatah ditanya, sepatah di jawab tapi bila nak balik baru meriah skit...seronok kerja dgn model....kira biru mata hitamku lah..hehe...

Tuesday, March 28, 2006


nie masa dira umur setahun lima bulan...hehe manja sungguh budak nie sebab dia sorang jer penyeri hidup kami..nantilah sekarang pun dia dah boring sebab takde kawan, tak lama lagi nak kena tambah adiknya lah..hehe...

dira nie memang sejak dari dulu, tak suka minum susu, sejak 7 bulan stop snow, kendian start macam2 jenama & brand susu dari murah sampailah ke mahal start dgn dutch lady coklat, pastu dugro coklat & honey, promil, enfalac, bebelac, delilac, neslac, isomil, enfapro, snow balik, essential, frisolac dan beberapa jenis susu yg aku dh tak ingat jenamanya, semua tak jalan..adalah minum skit pastu bolayan...sampai jumpa satu doktor tue, doktor tue kata as long as dia makan ok, takpa,tapi sebenarnya kena paksa minum susu gak, last kopeklah,cuba minum pediasure...

alhamdulillah, setelah cuba minum walau tak nak tgk kaler putih tue, dia minum gak sebab susu nie tak bau sangat susunya dan bau dia pun sedap...hem...harap berterusan lah ya!

Monday, March 27, 2006

forum & website

dari hari ke hari, banyak forum yg muncul meluaskan lagi ruang untuk bertukar-tukar pandangan & pendapat. Bermula dengan catcha.com, kemudiannya forum cari.com.my then latest nie forum melayu.com.masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.

1) Catcha.com-actually dah lama aku tak masuk website nie, forum nie pun dah tak sehangat cam dulu, kalau dulu nama yg popular mcm bayang2, snakedude,sofia, kaca, jules mengisi ruang karya dan berdebat pendapat tapi skrg nie makin kurang atau blh dikatakan takde langsung post yg membina. aku rindukan juga karya2 mereka, malahan kami tak sempat berkenalan secara visual, hanya di layar komputer sahaja. Harap masing-masing masih gah dan kalau terbaca coretanku di sini, sila tinggalkan nama dan mesej ya, dah lama tak sembang dgn korang.

2) cari.com.my - memang best, aku suka masuk current issue(sbb kat cni byk benda baru blh tahu, lagikan pula isu2 sensitif pun didebatkan secara terbuka, mmg bestlah), movies & tv-drama series (antar siri yg aku suka ialah lost, csi, desperate housewife, house) & program realiti (american next top model, survivor, amazing race) photo (sbb aku pun ada kamera video dan suka2 amik gmbar), parenting (nak tau psl kesihatan anak, dira, anakku yg sorang ni macam2 perangai, tgh lasak katakan, woman & man , gossip(kekadang tue jerlah, bukan selalu pun)

3) melayu.com - website nie mmg boleh dipuji sbb dia buka utk org melayu berkongsi pandangan & sekaligus memberi peluang pd sapa2 usahawan2 melyu yg baru mula2 berjink dlm bidang nie, mmg bylah mula dgn jualan langsung, jualan produk kecantikan, sofa dan macam2 lagi...

err..cam bukan luahn rasa, bgi pendapat jer..mklum baru start katakan

happy tak terkata

testing..testing..baru berjaya buat blog sendiri setelah melayari pelbagai website..so camna nak tengok hasilnya..jeng..jeng