sHoppiNg GirLs LiKe You....

sHoppiNg GirLs LiKe You....

my heroes

my heroes
dari kiri, dira, damia & qimie

Thursday, December 28, 2006

antara gay & adik2


sepanjang 5tahun aku bergelumang dlm dunia kewartawanan, aku mula mengenali golongan yg keliru gender ini...atau mereka lebih suka membahasakan diri mereka mak. Mereka juga dikenali dgn nama adik-adik. Panggilan dulu2 yg tak berapa popular seperti nyah, pondan mmg tak popular dah...

aku mula mengenali mereka kerana officemate pun ada yg macam nie, rakan2 mekap artis, fesyen designer & mereka yg terlibat dlm urusan kahwin2 nie....ramai lelaki lembut malahan ada juga yg berperawakan perempuan, di sini aku tak mahu menyentuh ttg keperibadian sbb bagi aku peribadi seseorg adalah kerana diri mereka sendiri & itu isu sensitif bagi byk pihak kerana ternyata kerjayaku membuatkan aku makin mengenali diri mereka & juga ada yg menjadi kawan walaupun tidak akrab.

gay - golongan ini dari segi luaran mmg tak nampak kekeliruan gendernya, cuma nafsu mereka sahaja ke arah lelaki. Mmg susah untuk mengecam mereka sbb perawakan spt seorg lelaki tulen & klu yg hensem tue, mestilah ramai pompuan suka tapi biasalah dah tentu mereka menolak dgn cara terhormat.

adik2 - ramai golongan ini, berpakaian masih spt lelaki, tetapi berambut panjang dgn pelbagai gaya, ada teknik rebonding, mengurai & pelbagai lagi. Klu nak drag pun mereka akan melaram pd majlis2 private, misalnya pertandingan ratu cantik.

pondan - ada juga yg berpakaian perempuan sepanjang masa hingga org ramai tak tahu pun bahawa 'dia' sebenarnya seorg lelaki, dr segi fizikal, siap dgn gunung membuak di dada & kulit yg mulus cuma suara susah untuk ditipu...mmg susah skit utk menukar suara yg halus. (perlu makan pelbagai pil & latihan keras).

perempuan tapi lelaki - yg telah menukar jantinanya sama sekali, gerun juga mendengar ceritanya tapi mmg berani sungguhlah. Malahan jgn tak percaya, nama dalam mykad pun leh tukar nama pompuan...aneh tapi tidak mustahil.

pendapat peribadi - mereka mmg pengemas orngnya sampaikan meja dia lagi bersih dari meja aku yg penuh dgn macam2 dokumen & buku, suka menolong & sikap mereka yg lebih bertolak ansur membuatkan aku rasa lebih selesa utk bekerjasama, kutuk2 pun boleh...hehe..itu sajalah..harap tak menyinggung perasaan sesiapapun

No comments: