sHoppiNg GirLs LiKe You....

sHoppiNg GirLs LiKe You....

my heroes

my heroes
dari kiri, dira, damia & qimie

Wednesday, January 31, 2007

hubby sakit & anak meragam


sudah berminggu2 aku tidak sempat mengisi diari di sini..kesibukan bekerja, nak menulis di ofis, byk sungguh keja opis yg nak kena setelkan tambahan lagi dkt dgn event andaman nie....nak menulis dirumah pula, mmg takde masa....klu dah dok kt umah tue rasanya melayan familylah jawabnya... & nak dijadikan citer, hubby lak sakit, sudah dua hari dia sakit tetapi menahannya dgn alasan boleh tahan dgn ubat yg selama nie diambil, bila dah tak tahan sakit, jumaat lepas, pi jumpa doktor, bagi ubat sahaja. tapi mmg tak tahan juga sampai terpaksa bawa ke hospital swasta...

Masuk hospital nie dah tempat yg ketiga,...doktor suruh operate tapi takleh buat on the dot...kena buat ari isnin cuma kena admit jer sbb nak sesuaikan dgn antibiotik....(berdasarkan pengalaman lalu, kami sepakat tak nak admit bcoz mmg trick hospital swasta nak tahan selama mana patient....biasalah RM..RM...jadi s epakat balik umah dulu & esok akan pegi hospital swasta yg lain...malam tue hubby menahan kesakitan yg amat..mukanya berkerut2 sakit...

malam tue dia kejutkan aku kol 1pagi rasanya, Alhamdulillah sakitnya makin berkurangan & automatik tak jadi operation, skrg mengamalkan produk makanan kesihatan sbb tgk gamat healin tue macam bagus jer...

itu citer hubby..citer dira lak....sejak akhgir2 nie dia tido jer mesti meragam....siap mengigau2 lagi...ntah hapalah yg dia fikir, mungkin siang tue byk main ke apa membuatkan malam tido tak nyenyak & mangsanya dah tentulah aku (actually dah lama tak tido nyenyak, tapi bila dia mengigau2 membuatkan aku lagi tak selesa) setelah baca ayat2 Al-Quran skit, dia makin ok....tapi perangainya mmg menjadi2 skrg nie....nakal, tak dengar kata..apakah normal bagi usia anak yg 2++? Tapi klu dia meragam giler..mmg aku akan gunakan kuasa veto...masa tue dia menangis bagai nak rak pun aku tak layan sampai dia suruh dukung dia & pujuk2 aku.....bukan kejam tapi aku nak dia tahu apa beza permintaan yg patut & tidak...tak naklah bila dia besar nanti..langsung tak boleh disanggah...InsyaAllah...

Tuesday, January 23, 2007

aduhai diana naim (shooting cover)

pada mulanya, kami cadangkan agar ina dipadankan bersama fifi (bersamamu TV3) tapi susah sgt TV3 nak lepaskan si fifi nie, dari last year lagi cuba nak dapatkan jadi cover Pengantin Magazine, susah! sdgkan dlm masa yang sama, dia leh lak jadi cover magazine lain...aduhai....

kemudian set date dengan bienda, ok! tapi last minute PA Bienda sms-kata yg dia tak free coz ada show...em..rasa bengang gak at the first tapi apa nak buat, dah tentulah kena utamakan show sebab tue cari makan, kalau cover nie untuk promosi jer...

lepas mencari2, cuba nak padankan dgn shida sunsilk(tak dpt gak coz dia keja), pastu nak cuba selebriti TV9, tapi disebabkan last minute punya kerja....shoot selasa, call ari isnin mmg tak lepas punya coz dorg nak kena lalui approval dari pihak atasan..jadilah ina naim sorang2 jadi cover...

dia datang semalam sharp bersama PA dari Hijjaz Entertaiment, ayah & abg sepupunya, bila jumpa....YA Allah! orgnya kecik betul....mmg halus, apa taknya berat 42kg,....aduhai ina....kecik sgt, katanya mmg susah badan nak naik walaupun dah cuba mcm2 cara, minum Weight Gain, makan nasi sejuk waktu malam pun susah gak...jadi artis pada akhir bulan 7 2006, bermakna baru 6 bulan ina menjadi asrtis...agak pendiam..mungkin itu sifat peribadi dia..sepatah ditanya,...menjawab dgn beberapa patah kemudian senyap kembali, mungkin agak takut dgn soalan wartawan...

dia masih boleh dibentuk, klu dulu, aku juga spt org lain kenapa ina perlu menceburi bidang seni sdgnkan bakat yg ada tidak sebesar mana, tapi selepas mengenali ina, aku memahami kenapa dia menjadikan bidang ini sebagai kerjaya, bukan kerana nama atau harta tapi mahu memperbaiki status hidup, mahu membantu keluarga....

dia masih ada masa memperbaiki dirinya, membawa diri sebagai artis bertudung & semoga impiannya tercapai & mawi? biarlah semalam itu berlalu............

badminton - Beregu Malaysia menang akhirnya


dah lama tak follow badminton nie sebenarnya, sejak zaman adik beradik sidek, foo kok keong pastu cheah soo kit, soo beng kiang, pastu beregu luar cam park joo bong, kim moon soon, indonesia cam taufik hidayat, recxy manaiki, ricky subagja....dulu siap minat gila2 team malaysia, sanggup duduk tercongok depan tv sambil makan nasi, kadang2 kalau mak membebel, sanggup tinggal nasi dulu semata2 menyokong team badminton malaysia nie...

punyalah semangat sampailah Malaysia menang Piala Thomas tahun 1992. Masa tue mmg aku dah siapkan scrap book (gunting keratan akhbar & tampal dalam buku) semua kejayaan Malaysia.........tunjuk kat kengkawan,,...bangga jer rasa....hehe....masa tue memang minat RAshid Sidek & berangan2 nak jumpa dia....tup2 masa pelancaran magazine Harga Sebuah Perkahwinan (selepas 14 tahun angan2 tue....)dapat jumpa si Rashid dgn wife dia, comel jer wife dia, tapi mmg tak sempat boraklah..teringat zaman kanak2 ribena dulu..hehe

dan yg tue last pun, (pastu badminton malaysia cam suram2 jer, sebabnya ntahlah, nak kata sebab gaji? tak mungkin....coz memang gaji mahal seh!.....nak kata sbb jurulatih tak bagus?.....sapa kata? ramai coach dari negara seberang? buktinya? salah sorang beregu korea pernah latih team badminton nie....pastu berduyun2 pemain indonesia melatih team malaysia...tapi ntahlah...tak berapa menjadi.

adalah beberapa kejuaraan yg dapat tapi mostly yg buat kat malaysia...cam open Melaysia, piala Thomas kt Malaysia ker.....lebih kurang camtuelah....tue sebab ada media labelkan "jaguh kampung"aku dah tak berapa minat dah.....adalah beberapa nama pemain cam Roslin Hashim, Hafiz Hashim yg menang All England, tapi diam jer kemudiannya.....aku rasa faktor utama ialah semangat.....macam bola sepak juga (nape negara lain yg kurang facilities leh berjaya? sebab mmg dorang bersemangat nak menang, nak buktikan yg dorang leh success even yg lain tak membanggakan....)

macam tuelah dgn badminton, tapi bila nengokkan semalam yg beregu muda negara pastu dgn format baru.....21 mata & tukar server jer terus dapat mata....(serius, lama sungguh tak follow badminton, jadi tak berapa tau) semangat mula membara, siap geram2 depan tv..hehe....semangat juang datang kembali....

Wednesday, January 17, 2007

member2 dah bawa haluan sendiri....


bila dah terlalu lama & statik dgn sesuatu kerja, maka akan ada org yg membuat pembaharuan sama ada bertukar kerjaya, membina hidup baru dgn sesuatu yg agak asing pada asalnya dgn pelbagai alasan - mungkin mencari kepuasan @ sesuatu perkara yg lebih penting RM...RM....

aku tak tahu pendapat org lain tapi dlm diam, aku mengagumi semangat & tekad kawan2 yg lain, sanggup meninggalkan kerjaya ini demi mencari kepuasan yg mereka mahukan walaupun terpaksa hidup dalam kesusahan terlebih dahulu....tapi org dulu2 ada berkata, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..jadi mungkin inilah yg cuba dibuktikan oleh kawan2 aku tadie.

sorang kawanku, lelaki-kami masuk kerja satu batchm bermakna dah 5 tahun 4 bulan telah mengabdikan diri pada kerjaya sebagai seorg wartawan, akan menamatkan tugasannya pada bulan 2 nanti berkata akan menceburi bidang yang tiada kaitan langsung dgn kewartawanan, walaupun pd mulanya dia tak nak cakap, setelah dipaksa2, akhirnya dia kata bahawa dia nak masuk bidang bisnes kontraktor....emm...bisnes keluarga....dlm hatiku berkata..sudah tentu dia telah membuat perancangan yg sebaik mungkin sbb bukan calang2 utk masuk bidang bisnes klu tak punya kekuatan dr segi fizikal, mental & juga RM...


sorg lagi kawanku, juga sebaya tetapi kaum hawa - juga bakal menamatkan tugasan pada februari ini menceburi bidang yg takdelah jauh sgt pun dgn kerjaya skrg..dari wartawan kepada photographer.....dia begitu bersemangat sekali, jarang ada semangat sebegitu pd seorg perempuan tanpa ada backup yg bagus...aku kagum...siap beli kamera Nikon D70 yg berharga hampir RM4 ribu siap dgn aksesori lain.


Dia begitu komited utk meninggalkan kerjaya ini bagi menceburi bidang lain kerana kepuasan & mahu bekerja sendiri. Tatkala mendengar planningnya, aku kagum, dia akan masuk kursus MARA, kemudian menampung perbelanjaan dgn simpanan selama ini yg telah ditabung sejak awal2 lagie.


Keretanya akan dibayar oleh kakaknya jadi perbelanjaan bulanan perlu di pantau sebaik mungkin supaya bajet tak lari...hem...sungguh kuat tekadnya..


aku...mungkin masih belum sampai ke tahap itu, masih banyak benda yg perlu difikir, memikirkan bajet yg perlu keluar setiap bulan dgn jumlah ahli keluarga yg bakal bertambah membuatkan aku akur selain aku begitu mencintai dunia penulisan & kewartawanan ini. Mungkin belum masanya, aku masih suka jadi seorang wartawan & menulis untuk memberi pengetahuan pada pembaca & itulah ertinya kepuasan pada diriku.......

meeting by meeting Big Event

semakin dekat, semakin cemas, Big Event Pengantin Magazine hanya tinggal beberapa minggu lagi, sdgkan dlm masa yg sama penjualan meja agak slow, tidak spt tahun2 yg lepas hingga ramai org yg datang, rasanya sampai tk cukup table....tapi selagi belum tiba tarikh keramatnya, kita takkan tahu apa akan jadi...so far, penjualan table telah dilakukan secara agresif sekali.

aku & click2 lain sdg berusaha utk menjual table & memberi penerangan yg detail kpd para peserta ttg tentatif program pd hari tersebut. Dgn event Pertandingan Andaman sbg pembuka tirai, perlu hati2 agar event segah ini menjadi contoh kepada event2 yg lain, at least, mendapat pujian & segalanya berjalan dgn lancar sekali.

presentation pd kertas mmg hebat, dgn juri2 yg mmg nama pun bukan calang2 serta acara yg dihidangkan pun mmg gah, diharapkan majlis ini berjalan dgn sempurna tanpa cacat cela yg boleh merosakkan majlis...satu lagi masalah ialah bila dress codenya ialah songket...hehe...mana nak cari songket nie..pening betul, klu boleh aku tak nak pakai kebaya @ kurung,lebih suka berseluar sbb nak senang berjalan kan! tak perlu bersusah payah bersongket2 nie..tapi elemen songket nie mmg memeningkan kepala, mana nak cari blaus yg ada elemen songket klu tak menempah sendiri, tak gitue!pencarian belum berakhir tetapi baru saja bermula............

Sunday, January 14, 2007

doraemon-kenangan dulu & skrg


doraemon, watak robot kucing yg didatangkan khas oleh cucu Nobita utk membantu datuknya ketika kecil yg sering dilanda kesusahan (means doraemon nie datang dari abad akan datang lengkap dgn poketnya yg kecil tp macam2 ada)


kartun nie mmg istimewa padaku sbb aku membesar dgnnya (selain ultraman, dragon balls), kartun nie ibarat penawar tika sedih, boring dll sbb ia membawa dimensi yg sukar dijangka dgn akal fikiran...dgn segala alat doraemon, seorg budak yg selalu dibuli, lemah, cuia dan segal2 sikap negatif berjaya menepis sikap pembulinya & muncul sbg wira, skrgnya2 dlm beberapa siri sbb banyak juga yg tunjuk nobita nie tamak...

walau apa pun citer nie mmg menarik sbb sampai skrg klu nak tidur pun, aku mesti kena baca buku doraemon, citer dia yg lawak terselit pengajaran yg sungguh terkesan di hati...hehe

bah melanda johor sekali lagie...

tiada berita lain yg sedang hangat di seluruh Malaysia skrg nie kecuali banjir yg melanda buat kali kedua di Johor. Mengikut kata pakar meteorlogi, hujan lebat akan dijangka sampai bulan Mac, jadi bermakna bandar Johor akan lumpuh sama sekali kalau takde cara lain dicari...

hubby dah mula sedih sbb klu banjir sblm nie, umah mak mentuaku tak masuk air tapi kali nie nampaknya susah nak dielak coz jalan besar pun dah mula digenangi air banjir nie...semua barang elektrik dah dibawa ke tingkat atas...cuma klu banjir berlarutan...susah nak cakaplah...

susah utk ke sana sbb semua jalan sudah terputus, klu nak pi pun, hanya dgn trak tentera sahaja, pastu kena naik bot lak tue utk menyeberang ke sana. Mana nak cari bot & segala bagai tue....jadi susah hati gk sbb mak, ayah & kakaknya ada disana, klu boleh bawa ke KL senang skit, takyah dok dlm keadaan yg tak tenteram lagie...dgn bekalan air bersih yg sekejap ada sekejap putus....susah tue...
bila tgk berita kt TV, rasa sayu dihati bile mengenangkan masalah dorg yg menimpa2....ada yg baru saja bersihkan segala furniture & ada yg baru beli brg2 baru utk diletakkan kt kedai so bila kena camnie....hanya iman di dada saja benteng segal2nya.... susah skit nk cakap sbb benda nie kuasa Allah SWT...tentu ada hikmah di sebaliknya....

Sunday, January 07, 2007

raya haji (berkorban apa saja)

lama betul aku tak update blog nie...bz memanjang membuatkan aku sempat membaca emel & mencari bahan utk tugasan sahaja. Berciter pasal raya haji baru2 nie, aku korban satu bahagian...em..dah lama tak korban nie.,jadi niat pun ala2 lupa skit..camna yer....so pada pagi raya yg syahdu, kitaorang telah ke tempat org berkumpul utk mengorbankan lembu nie...

nak masuk ke tempat sembelih nie, kena lalu sawah bendang yg jalannya agak kecik jer..dlm hatiku, boleh muat ke tak keta nie..tapi mok (nenek) kata muat, so terus jugalah, so dikiri & kanan adalah sawah padi (aku kampung girl tapi jarang sebenarnya masuk ke bendang nie) jadi tak sangkalah, jalan tue mmg luas & plg tak disangka bukan motor jer boleh lalu, keta yg lebih besar cam waja, V6 pun leh lalu, errr....BMW takut kot nak masuk, tue sebab dorang sanggup parking kt luar, pastu jalan bukan main jauh lagi...sebab tempat sembelih nie mmg tengah bendang, berdepan dgn tuan punya lembu nie.

jadi, bila melafazkan akad tue, aku kena pegang tali lembu & masa tuelah berlaku lafaz jual beli, pastu masa tengah sembelih dan darah mengalir, niat sekali lagi dlm hati...masa melapah tue takdelah lama tapi bg aku yg tak biasa nie...mmg lamalah sbnrnya..hehe..yg penting bila dah bawa blk umah, & masak, itulah makanan yg dimasak sepanjang hari raya, jadi bayangkan lah breakfast daging, lunch daging, dinner pun dgn daging, menunya lak daging goreng, daging masak kicap, sup tulang lembu, gulai daging..pendek kata semua menu daging, jadi sapa yg ada darah tinggi tue mmg kena cari alternatif lainlah....tue sbb kena beli awal2 sbb kedai kn byk tutup.

org kata kat Kelantan mmg meriah raya haji nie....dulu, aku tak percaya pun....(pelik, kenapa? tempat lain tak sambut raya korban ker?) bila dah penah beraya tempat lain, baru aku percaya kenyataan nie, mmg meriah sungguh kat kelate...tanah airku...