sHoppiNg GirLs LiKe You....

sHoppiNg GirLs LiKe You....

my heroes

my heroes
dari kiri, dira, damia & qimie

Wednesday, January 17, 2007

member2 dah bawa haluan sendiri....


bila dah terlalu lama & statik dgn sesuatu kerja, maka akan ada org yg membuat pembaharuan sama ada bertukar kerjaya, membina hidup baru dgn sesuatu yg agak asing pada asalnya dgn pelbagai alasan - mungkin mencari kepuasan @ sesuatu perkara yg lebih penting RM...RM....

aku tak tahu pendapat org lain tapi dlm diam, aku mengagumi semangat & tekad kawan2 yg lain, sanggup meninggalkan kerjaya ini demi mencari kepuasan yg mereka mahukan walaupun terpaksa hidup dalam kesusahan terlebih dahulu....tapi org dulu2 ada berkata, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..jadi mungkin inilah yg cuba dibuktikan oleh kawan2 aku tadie.

sorang kawanku, lelaki-kami masuk kerja satu batchm bermakna dah 5 tahun 4 bulan telah mengabdikan diri pada kerjaya sebagai seorg wartawan, akan menamatkan tugasannya pada bulan 2 nanti berkata akan menceburi bidang yang tiada kaitan langsung dgn kewartawanan, walaupun pd mulanya dia tak nak cakap, setelah dipaksa2, akhirnya dia kata bahawa dia nak masuk bidang bisnes kontraktor....emm...bisnes keluarga....dlm hatiku berkata..sudah tentu dia telah membuat perancangan yg sebaik mungkin sbb bukan calang2 utk masuk bidang bisnes klu tak punya kekuatan dr segi fizikal, mental & juga RM...


sorg lagi kawanku, juga sebaya tetapi kaum hawa - juga bakal menamatkan tugasan pada februari ini menceburi bidang yg takdelah jauh sgt pun dgn kerjaya skrg..dari wartawan kepada photographer.....dia begitu bersemangat sekali, jarang ada semangat sebegitu pd seorg perempuan tanpa ada backup yg bagus...aku kagum...siap beli kamera Nikon D70 yg berharga hampir RM4 ribu siap dgn aksesori lain.


Dia begitu komited utk meninggalkan kerjaya ini bagi menceburi bidang lain kerana kepuasan & mahu bekerja sendiri. Tatkala mendengar planningnya, aku kagum, dia akan masuk kursus MARA, kemudian menampung perbelanjaan dgn simpanan selama ini yg telah ditabung sejak awal2 lagie.


Keretanya akan dibayar oleh kakaknya jadi perbelanjaan bulanan perlu di pantau sebaik mungkin supaya bajet tak lari...hem...sungguh kuat tekadnya..


aku...mungkin masih belum sampai ke tahap itu, masih banyak benda yg perlu difikir, memikirkan bajet yg perlu keluar setiap bulan dgn jumlah ahli keluarga yg bakal bertambah membuatkan aku akur selain aku begitu mencintai dunia penulisan & kewartawanan ini. Mungkin belum masanya, aku masih suka jadi seorang wartawan & menulis untuk memberi pengetahuan pada pembaca & itulah ertinya kepuasan pada diriku.......

No comments: