sHoppiNg GirLs LiKe You....

sHoppiNg GirLs LiKe You....

my heroes

my heroes
dari kiri, dira, damia & qimie

Wednesday, September 05, 2007

hargai isteri, ibu & wanita..........



teringat pasal satu story

seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah
lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak, lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh
periuk tidak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak
masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh, apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya, dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku
"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu
"tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam
balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"
Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki...
"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... " Ibu, ibu... engkau lah ratu hari ku....."


Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu?

I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums.


And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.

Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.


Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!! Kau Isteri Ku.... Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma".


Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah ( for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan, banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal.


Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!!
But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...


Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.


Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita.


Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you mothers)....uuwaaaaaaaa!!
sayangi la kaum perempuan krn tanpa mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kenali diri melalui nombor


Kenal Diri Anda Melalui Tarikh Lahir Anda----------------------------------Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb , anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb , anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb , anda adalah no.9


no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

p/s: jangan serius sangat baca benda ni..

Kaitan kerja & horoskop


Sesaja paste dari emel..takyah caya pun....sekadar hiburan semata2


Pekerja Aries

Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan mereka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan terasa seolah-olah kreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si aries ini gembira, berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Mereka memang suka bab macam tu!


Pekerja Taurus

Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja yang baik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka 'kipas mengipas' ni. Mereka bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya melakukan kerja yang diberikan itu hingga selesai. Cuma mereka ni memang agak 'lembab' sikit dan suka buat kerja 'last minute'! Pun begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yang terbaik. Tapi usah cuba nak memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti! Untuk menggembirakan Taurus, serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka.


Pekerja Gemini

Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak kedekut ilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama. Selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi tak hairanlah mereka ni boleh menjadi 'ratu gosip'. Mood dan produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan. Pekerjaan yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka menjelajah ke banyak tempat.


Pekerja Cancer

Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa. Persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.


Pekerja Leo

Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempat kerja. Biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka di mata teman-teman sepejabat. Usah cuba nak komen, pasti tak diterima mereka! Namun mereka gemar memberi nasihat kepada orang lain. Untuk 'mengawal' mereka ini, senang saja. Berikan mereka lebih tanggungjawab agar mereka rasakan diri mereka itu orang penting! Tapi berwaspadalah kamu. Silap haribulan, kerja kamu pula dirampasnya!


Pekerja Virgo

Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak kisah jika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja berjalan lancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja. Tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada pandangan mata mereka. Mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan. Mereka tak perlu diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.


Pekerja Libra

Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitif dan sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah. Satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan di hari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya mereka mampu mengawal mood mereka yang tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh naik pangkat! Walau bagaimanapun, jangan cuba nak memerintah mereka lebih-lebih pula!


Pekerja Scorpio

Ternyata mereka ini mampu berdikari dan mengharapkan pertolongan daripada orang lain sangat. Segalanya bisa diatur! Yang bagusnya, mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak takut untuk menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena. Berani kerana benar! Tak kira yang buat salah itu orang atasan atau teman sejawat! Mereka juga akan melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka. Bermakna, kalau orang baik dengan mereka, begitu juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!


Pekerja Sagitarius

Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. Apa jua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin. Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana itu adalah kepantangan bagi mereka! Jangan cuba main-main!


Pekerja Aquarius

Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan apa,mereka asyik ingin lakukan yang terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan skil kerja mereka.


Pekerja Capricorn

Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang kerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya usaha mereka. Pun begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa. Apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk mencapai segala yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja secara sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang diberikan juga harus berbaloi!


Pekerja Pisces

Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat. Sekiranya ada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang mula-mula mendapat tahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot!Mereka gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan!

Tuesday, September 04, 2007

lama sungguh tak berblog


paling last februari 2007, banyak sungguh kejadian demi adengan berlaku dalam hidupku sehinggakan tak sempat untuk mencoret sesuatu kenangan di sini...terlalu banyak...rasa kalau nak tulis satu2 memang banyak sangat sampai tak tertulis tapi aku nak tulis juga sebab inilah kenangan bila tua nanti..hehe..mana nak start yer.....


beli rumah....
setelah naik turun ofis lawyer..banyaklah proses yg berlaku.....serta urusan EPF yg boleh tahan mencabarnya..akhirnya sahlah kami memiliki rumah di Bandar Puteri...seronok tidak terkata..hehe....maklumlah ada umah sendiri, sapa tak suka babe....dua tingkat lak tue...seronok sunggguh....bulan 5 pindah....sebelum tue duit dah banyak habis nak pasang lampulah, air, grill, duit bonus aku pun dah habis terus untuk buat kichen kabinet.....seh! tak sempat nak merasa benda2 lain....tanam rumput..pendek kata, kira2 semua adalah 20ribu lebih habis semua untuk segala urusan nie...em...telan air liur gak dengar jumlahnya.....


ulang-alik pie keja...
Ya Allah, selama nie 7 minit jer pegi keja, bermulalah cabaran baru bila kena bangun seawal mungkin dah bertolak sebaik sahaja mentari muncul memuntahkan sirnannya....kol 7 pagi dah kuar umah, pastu terpaksa mengharungi jalan highway -tol RM2.20 tetapi tetap jem di HICOM membuatkan aku merasa macam takde gunanya bayar tol sedangkan kesesakan yg sama tetap diharungi setiap hari. Seperti ada ketidakadilan berlaku di sini......

memula tue macam2 jugalah bebelan kuar dari mulutku tapi nak buat camna,.life must go on..so kena teruskan walaupun perit. Alhamdulillah sekarang dah biasa skit dan dah tau waktu mana yg sesuai untuk kuar bekerja..hehe


suasana rumah....
seronok! rumah besar....macam2 ide (kononnya nak hias umah) tapi sampai sekrang tak terbuat sebab banyak benda lain yg lebih penting untuk difikirkan...hehe..


dapat orang baru....
Alhamdulillah....setelah scan,.baby boy! yahooo....dira mesti happy dapat adik lelaki....cukuplah sepasang untuk aku buat masa nie....tue yg segala projek terpaksa hold dulu....novel yg tak berkesudahan & menghias umah..hem......lepas nielah kot!


alahan
nasib baik mmg takde alahan, sama mcm pregnant yg first, cuma kali nie agak penat skit dari biasa....baby nie mmg aktif sungguh dlm perut membuatkan aku rasa mengantuk jer & tidak selincah masa pregnantkan dira...mmg baby boy & babby girl lain penagannya...


karenah dira...
sejak hantar nursery, dira makin menjadi2 tapi dlm masa yg sama dia juga bijak, kesian juga bila dia mengadu asik dicubit digigit oleh sorang budak nakal, tapi dlm masa yg sama dia belajar banyak benda, dah pandai baca doa, menyanyi lagu, berkawan cuma bila balik umah, perangainya yg minta perhatian kadang2 buatkan org geram, nak marah pun ada tapi apa2pun dialah penawar hatiku dan papanya....

Tuesday, February 20, 2007

ramai anak VS sikit anak

Bilangan anak...
org dulu - ramai anak, paling skit rasanya 5 org, paling ramai? berbelas rasanya? makan? Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus, ada jer mata pencarian di mana2 nanti

org skrg - paling ramai tue adalah 5, segelintir jer 6, ramai yg nak 3 anak, muat satu keta, katanya, tapi ramai juga yg nak 2 anak jer..satu laki/1 pompuan, cukup! Ramai2 nanti susah nak jaga...


Kerja @ suri rumah
org dulu - isterinya tak kerja, jadi suri rumah tangga jer..mmg ada masa utk anak2, kalau beranak lagi pun, kakak yg sulong dah boleh pikul t/jawab jaga adik yg bongsu, sambil2 tue bolehlah masak utk suami bila balik nanti.

org skrg - isteri karier woman, saling menyumbang pada ekonomi rumah tangga, kurang masa utk anak2 sbb masa dah dihabiskan kat highway & tempat kerja, satu2nya masa paling berharga ialah malam, tapi tue pun dah penat, weekend jerlah masa utk anak2 bermanja.

Makanan anak2
Org dulu - semua petik kat blkg rumah, takde makanan segera @ kiub, semua tumis sendiri, klu ada pun, tak reti nak pizza ker apa...jajan jerlah, itupun mak kasi 20sen jer....share adik beradik..hehe

org skrg - siki2 KFC, MC.D, pizza hut, Kenny Rogerz, Nando's, Burger King, 1901, takpun ais krim yg sedap2, belanja budak2 mahal seh!...anak2 pun dah pandai minta2 nak itu nak ini...

didikan anak2.
org dulu - biasanya sekolah waktu pagi, pastu mengaji Muqaddam, every week pegi dengar citer Nabi2...bayaran mengikut kemampuan masing2...

org skrg - kecik2 lagi dah dididik dgn Smart Readers, Qdess, maka & ayah masing2 berlumba nak anak mereka maju & tak nak kebelakang sgt, nanti tak moden, ada mak ayah yg hantar mengaji, bagus nie...byk duit kena pakai, cam mengalir jer air, nanti tak termasuk yuran yg macam2 lagi tue.

suasana persekitaran.
org dulu - takde komputer, malah tak kenal pun handset tue hapa,,..yg ada phone umah jer...game? adalah main ting2, batu seremban, bola kayu tiga, semua fizikal, buku2 pun susah nak dapat.

org skrg - PC depan mata, handset, mak ayah belikan sorg satu, game PS2 petik jari jer kar umah,,,game adalah main perang2 nanti dgn kawan.

hiburan.
org dulu -adalah sekali sekala, RTM buat tayangan filem lama2, pastu bentang tikar tengok satu family, kalau tak pun, tunggu jer kuar kt TV raya nanti.

org skrg - takdenya nak menunggu depan Tv, keluar tengok wayang lagi gah!...sambil makan popcorn, ajak anak2 sama tonton TV...

actually semua benda nie dari pemerhatian aku sendiri....seronok juga sebenarnya klu mengenangkan kisah aku dibesarkan bagaimana dgn kisah dira dibesarkan..aku membesar dgn adik beradik yg ramai, sempat jaga adik2 lagi sambil bermain dgn kawan2...kemudian aku membesar dpn mata mama,senang klu apa2 jadi..

tapi dira hanya ada masa bersamaku setelah seharian aku berada di ofis, kdg2 kesian nengoknya tapi tuelah tuntutan kerjaya membuatkan aku perlu berkerja tapi dlm hatiku masih mahu mencurah sepenuh kasih sayang sama seperti mama mengasuh diriku dahulu walaupun masa bersamanya tidak banyak seperti suri rumah tangga yang lain.....

dah kahwin ke belum?


pertanyaan diusul berbalas dgn pertanyaan juga! kenapa? "agak2 dah ke belum?" hehe....Biasanya soalan nie akan muncul bila pertama kali bertemu dgn client, model atau siapa saja org baru yg baru sahaja berurusan. "saya dah ada sorang anak pun"jawabku tersenyum..hehe....bagai nak terjengil mata org tue... "akak ingat ko belum kahwin lagi, baru nak usha2 hantaran nie" hehe..aku hanya tersenyum simpul saja....ya! untung sebenarnya berada di majalah perkahwinan, kalau dah kenal baik dgn mereka nie, ada sahaja pertolongan dari mereka...cuma masa aku kahwin hari tue,terlalu baru di sini, jadi takdelah banyak mana pun org nak bagi hadiah! hehe..tak mengapalah..yg penting grand juga...


berbalik pada citer dah kawin ke belum nie...ramai org ingat aku muda dari dorang, walhal umur aku lagi tuo...hehe..untung juga jadi org kecik nie, org ingat mudo sepanjang masa....seronok juga bile berjalan dgn dira, kdg2 org pikir aku sedang membawa anak buah berjalan @ adik bersiar2 ke taman..mmg seronok!


kalau zaman belum dapat anak lagi kelakar, org ingat macam budak sekolah jer tak pun, budak IPT yg masih belajar @ sdg cari kerja,.....mungkin sbb muka cam budak2..hhehe..hubby dengar citer nie..cam berbulu jer katanya "dahlah tue...dah jadi mak budak katanya" hehe...apa2 pun usiaku makin meningkat..huh! usia perkahwinan pun makin bertambah tapi rasa macam nak honeymoon setiap masa...

Wednesday, February 14, 2007

hajat di hati tak sampai

hajat di hati mmg berkobar2 nak mengedit balik manuskrip yg sedia ada, menokok tambah yg mana perlu, berfikir mencari idea yg lebih baik, menjadikan cerita lain dr yg lain...(mengikut kata editor alaf, aku perlu banyak buat editing lagi) memang hal nan satu ini telah lama bersarang di jiwa sejak balik dari bengkel alaf 21 ari tue lagi....aku dah mula merencana plot2 tapi kesibukan membuatkan aku tidak mempunyai masa untuk melihatnya walau sepintas lalu...

Hairan juga sebenarnya bila melihat org mempunyai masa utk mengedit manuskrip dlm masa yg pantas sedangkan dlm masa yg sama dia juga bekerjaya, bagaimana dia melakukannya? dengan kerjaya aku yg terikat dgn deadline menuntut pengorbanan yg bukan calang2 apatah lagi baru saja habis big event, pastu shooting bersama finalist lain, fesyen, menunggu model & mak andam, menyiapkan artikel asap coz cuti raya cina yg agak panjang, jadi semua keja kena cepat....

bila balik rumah jer, badan penat, nasib baik hubby sporting, "kita makan kat luar jerlah, u pun penat".....hehe...takdelah memasak, jadi masa untuk bersama dira tue lebih cuma kdg2 bila semua penat, kitaorang mmg tertidur awal, kdg2 belum pukul 9.30 masing2 terlena di ulit mimpi termasuklah dira..hehe...

niat di hati masih tersemat rapi di lubuk yg paling dalam, aku akan cuba mencari masa walau terpaksa mengetuk komputer tika semua manusia sedang beradu di tilam yg paling empuk di dunia.

Tuesday, February 13, 2007

geram & marah pasal rumah...

esy..klu nak kira geram yg terbuku di dada nie...mmg penat nak hitung, hubby lagi marah sbb dah amik cuti semata2 nak gie EPF tapi tetiba lak tak lepas coz LOt number kat S&P tak sama dgn offer letter...camna leh jadi camnie..takkan lawyer tue tak perasan masa buat S&P, takkan tak tengok offer letter? napa tak bagitau awal2....kan dah jadi camnie....rasa cam bola, ditolak ke sana kemari lak...

pegawai kat EPF tue kata, takpa, just buat satu salinan mengatakan yg nombor lot kt S&P adalah lot yg sama dgn offer letter..tapi bila pegi lawyer S&P lak kt klang, dia kata dgn nada pelat "tuelah saya dah perasan nombor tak sama, nombor S&P yg betul"...esy....berderau jer darah aku mendengarnya...klu dah tahu tak sama, nape 2 minggu sebelum S&P siap, tak bagitau kitaorg, takdelah membuang masa camnie...tak pasal2 kena tunggu offer letter baru dari bank.

pi bank kt damansara lak, kata apa2 hal takleh buat amendment cam tue ja, kena hantar hq gak, takut nanti apa2 jadi...hadoi, lagi pening kepala, kena tunggu sampai bila? "secepat mungkin" yelah asap, tapi bila? seminggu?dahlah nak dekat raya cina nie...

pastu bila dah kelam kabut, semua dah jadi tension sampaikan nak cari pejabat lawyer bank pun salah masuk opis...nie nak setelkan yg 90% lak, nampak cam ok, tapi tuelah, selagi tak keluarkan yg 10% tue semua akan jadi lambat, tak pasal2 kitaorg lak yg kena interest..mmg susah nak beli umah, dugaan....but at least tak sesusah beli umah 2nd hand @ lelong..lagi pening...harap dpt setel cepat,klu tak peningnya....dah tak larat nak dok umah sewa lagi....nak merasa dok umah sendiri lak..hehe

Anugerah Andaman Pesona Pengantin success!

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus sekian lama, akhirnya debaran & segala persiapan menjadi nyata pada 3 Februari 2007. Sebagai big event pertama Karangkraf pd tahun 2007, Anugerah Andaman success dari segi sambutan crowd, kerjasama peserta & model, gembleng tenaga editorial & floor manager (promosi) & juga majlis keseluruhannya...

Berbaloi rasa penat tersebut bermula dgn peringkat saringan awal lagi sehinggalah, separuh akhir & last final di Crown Princess Hotel. Aku antara org yg paling bz, bermula dgn memastikan finalis sampai pada waktu bersama model2nya yg perlu rehearsal dlm masa 2 jam sahaja sblm event sebenar berlangsung...tapi dgn kerjasama Dee (as a mc), oda (kareografer) & team pesona pengantin sendiri, zety (jaga do re mi), kak nora (runner), kak mala (hadiah), c.pah (judges), kak ell (VVIP), nyata event begitu gah sekali....

walaupun mulanya macam tak yakin dgn crowd yg tak seperti disangkakan, tapi akhirnya sambutan sehingga pengumuman pemenang, crowd masih tak berganjak dari tempat duduk membuatkan sambutan mmg gah. Semua krew diwajibkan pakai songket..hehe....memang glamour tapi dlm masa yg sama, panas seh! perlu bergerak ke sana ke mari dgn songket yg terlekat di tubuh, baju kurung lak tuh...walau apa pun, mmg hapenning....

artis yg kononnya susah nk dapat, mula2 nak dapatkan Ramlah Ram & Nasir Wahab ( sbb crowd kan ala2 org2 lama, mak andam, so depa dua nie mmg sesuailah) tapi at last dpt sampai 6 artis...sapa leh caya tuh! mula2 Zehra Zambri, pastu Ridzwan (yg menang dlm AIM, mmg ramai tak kenal termasuk aku, orgnya kecik jer, tapi suara puh! garau & besar!), pastu Yuka (Indonesia Idol), Syarifah Zarina, Nurul & last Siti Rohaila (penyanyi baru SRC)...kira macam mini konsertlah, sbb masing2 dgn 2 lagu kecuali Zarina yg tiga lagu....fuh! mmg grand...

at last, pemenang diumumkan, suasana makin grand tapi sayang takde video dirakamkan....hehe.cuma gambar sahaja ada....nak buat camna kan! tapi mmg dapat pujian byk pihak termasuk pihak atasan...rasa berbaloi dgn kepenatan selama ini...hehe

Monday, February 05, 2007

Bengkel Alaf 21-novelis lah plak...hehe



dlm diam & dlm hati yg telah tersemat indah, aku mmg minat menulis & menulis, sbb tuelah aku jadi reporter kerana ini kerjaya yg aku sukai....selain tue, aku juga gemar menulis kisah2 cinta aka novel...hehe...& pelawaan Alaf 21 utk aku join bengkel bersama 19 bakal novelis lain mmg aku tak tolak di Hotel Intekma Resort pada pd 27 &28 jan....sblm pergi tue, hati rasa berdebar jer..camna rupanya..hehe..

ada 19 org, sorg tak dpt datang, ada beberapa penulis yg baru kuar satu novel cam Rose Harissa, Zara Juita & Meen....., pastu ada yg akan kuar novelnya tak lama lagie....pastu ada yg hantar manuskrip lagi awal dari aku...hehe...so tak heranlah klu aku punya pun tak keluar coz ramai lagi yg hantar lebih lama dari aku pun keluar gak...so kira oklah kan...

bila En.Nordin cuba trick kitaorang pasal make believe (aku sorang jer tak percaya sbb aku dah penah ikut kursus dia selama 8 sessi, rasanya, tapi 2 jam setiap kali sessi..so dah faham..hehe....

yg paling tergezut, ada 4 penulis lelaki, kira oklah kan..pastu novelis jemputan siapa lagi klu bukan abang RAM & Norzailina Nordin, dengar citer dorang memang best sgt..hehe..

pastu bila tiba komen manuskrip masing2, komen secara overall...citer agak mendatar, perlu timbulkan konflik supaya lebih real, perlu fikir idea lain agar lebih segar, klu boleh tak nak adengan hospital sbb novel laindah berlambak, kena fikir lagi kreatis...

klu boleh kena bagi twist kat tengah citer, jgn bagi pembaca dpt agak endingnya..hehe...susah gak rupanya...er...aku tak tahu bila boleh buat amendment..dgn nak setelkan pasal umah lagi nie...anak lagi..kerja yg menimbun lagi....

tapi hasrat tetap akan kutunai cuma masa sahaja menentukannya....

Wednesday, January 31, 2007

hubby sakit & anak meragam


sudah berminggu2 aku tidak sempat mengisi diari di sini..kesibukan bekerja, nak menulis di ofis, byk sungguh keja opis yg nak kena setelkan tambahan lagi dkt dgn event andaman nie....nak menulis dirumah pula, mmg takde masa....klu dah dok kt umah tue rasanya melayan familylah jawabnya... & nak dijadikan citer, hubby lak sakit, sudah dua hari dia sakit tetapi menahannya dgn alasan boleh tahan dgn ubat yg selama nie diambil, bila dah tak tahan sakit, jumaat lepas, pi jumpa doktor, bagi ubat sahaja. tapi mmg tak tahan juga sampai terpaksa bawa ke hospital swasta...

Masuk hospital nie dah tempat yg ketiga,...doktor suruh operate tapi takleh buat on the dot...kena buat ari isnin cuma kena admit jer sbb nak sesuaikan dgn antibiotik....(berdasarkan pengalaman lalu, kami sepakat tak nak admit bcoz mmg trick hospital swasta nak tahan selama mana patient....biasalah RM..RM...jadi s epakat balik umah dulu & esok akan pegi hospital swasta yg lain...malam tue hubby menahan kesakitan yg amat..mukanya berkerut2 sakit...

malam tue dia kejutkan aku kol 1pagi rasanya, Alhamdulillah sakitnya makin berkurangan & automatik tak jadi operation, skrg mengamalkan produk makanan kesihatan sbb tgk gamat healin tue macam bagus jer...

itu citer hubby..citer dira lak....sejak akhgir2 nie dia tido jer mesti meragam....siap mengigau2 lagi...ntah hapalah yg dia fikir, mungkin siang tue byk main ke apa membuatkan malam tido tak nyenyak & mangsanya dah tentulah aku (actually dah lama tak tido nyenyak, tapi bila dia mengigau2 membuatkan aku lagi tak selesa) setelah baca ayat2 Al-Quran skit, dia makin ok....tapi perangainya mmg menjadi2 skrg nie....nakal, tak dengar kata..apakah normal bagi usia anak yg 2++? Tapi klu dia meragam giler..mmg aku akan gunakan kuasa veto...masa tue dia menangis bagai nak rak pun aku tak layan sampai dia suruh dukung dia & pujuk2 aku.....bukan kejam tapi aku nak dia tahu apa beza permintaan yg patut & tidak...tak naklah bila dia besar nanti..langsung tak boleh disanggah...InsyaAllah...

Tuesday, January 23, 2007

aduhai diana naim (shooting cover)

pada mulanya, kami cadangkan agar ina dipadankan bersama fifi (bersamamu TV3) tapi susah sgt TV3 nak lepaskan si fifi nie, dari last year lagi cuba nak dapatkan jadi cover Pengantin Magazine, susah! sdgkan dlm masa yang sama, dia leh lak jadi cover magazine lain...aduhai....

kemudian set date dengan bienda, ok! tapi last minute PA Bienda sms-kata yg dia tak free coz ada show...em..rasa bengang gak at the first tapi apa nak buat, dah tentulah kena utamakan show sebab tue cari makan, kalau cover nie untuk promosi jer...

lepas mencari2, cuba nak padankan dgn shida sunsilk(tak dpt gak coz dia keja), pastu nak cuba selebriti TV9, tapi disebabkan last minute punya kerja....shoot selasa, call ari isnin mmg tak lepas punya coz dorg nak kena lalui approval dari pihak atasan..jadilah ina naim sorang2 jadi cover...

dia datang semalam sharp bersama PA dari Hijjaz Entertaiment, ayah & abg sepupunya, bila jumpa....YA Allah! orgnya kecik betul....mmg halus, apa taknya berat 42kg,....aduhai ina....kecik sgt, katanya mmg susah badan nak naik walaupun dah cuba mcm2 cara, minum Weight Gain, makan nasi sejuk waktu malam pun susah gak...jadi artis pada akhir bulan 7 2006, bermakna baru 6 bulan ina menjadi asrtis...agak pendiam..mungkin itu sifat peribadi dia..sepatah ditanya,...menjawab dgn beberapa patah kemudian senyap kembali, mungkin agak takut dgn soalan wartawan...

dia masih boleh dibentuk, klu dulu, aku juga spt org lain kenapa ina perlu menceburi bidang seni sdgnkan bakat yg ada tidak sebesar mana, tapi selepas mengenali ina, aku memahami kenapa dia menjadikan bidang ini sebagai kerjaya, bukan kerana nama atau harta tapi mahu memperbaiki status hidup, mahu membantu keluarga....

dia masih ada masa memperbaiki dirinya, membawa diri sebagai artis bertudung & semoga impiannya tercapai & mawi? biarlah semalam itu berlalu............

badminton - Beregu Malaysia menang akhirnya


dah lama tak follow badminton nie sebenarnya, sejak zaman adik beradik sidek, foo kok keong pastu cheah soo kit, soo beng kiang, pastu beregu luar cam park joo bong, kim moon soon, indonesia cam taufik hidayat, recxy manaiki, ricky subagja....dulu siap minat gila2 team malaysia, sanggup duduk tercongok depan tv sambil makan nasi, kadang2 kalau mak membebel, sanggup tinggal nasi dulu semata2 menyokong team badminton malaysia nie...

punyalah semangat sampailah Malaysia menang Piala Thomas tahun 1992. Masa tue mmg aku dah siapkan scrap book (gunting keratan akhbar & tampal dalam buku) semua kejayaan Malaysia.........tunjuk kat kengkawan,,...bangga jer rasa....hehe....masa tue memang minat RAshid Sidek & berangan2 nak jumpa dia....tup2 masa pelancaran magazine Harga Sebuah Perkahwinan (selepas 14 tahun angan2 tue....)dapat jumpa si Rashid dgn wife dia, comel jer wife dia, tapi mmg tak sempat boraklah..teringat zaman kanak2 ribena dulu..hehe

dan yg tue last pun, (pastu badminton malaysia cam suram2 jer, sebabnya ntahlah, nak kata sebab gaji? tak mungkin....coz memang gaji mahal seh!.....nak kata sbb jurulatih tak bagus?.....sapa kata? ramai coach dari negara seberang? buktinya? salah sorang beregu korea pernah latih team badminton nie....pastu berduyun2 pemain indonesia melatih team malaysia...tapi ntahlah...tak berapa menjadi.

adalah beberapa kejuaraan yg dapat tapi mostly yg buat kat malaysia...cam open Melaysia, piala Thomas kt Malaysia ker.....lebih kurang camtuelah....tue sebab ada media labelkan "jaguh kampung"aku dah tak berapa minat dah.....adalah beberapa nama pemain cam Roslin Hashim, Hafiz Hashim yg menang All England, tapi diam jer kemudiannya.....aku rasa faktor utama ialah semangat.....macam bola sepak juga (nape negara lain yg kurang facilities leh berjaya? sebab mmg dorang bersemangat nak menang, nak buktikan yg dorang leh success even yg lain tak membanggakan....)

macam tuelah dgn badminton, tapi bila nengokkan semalam yg beregu muda negara pastu dgn format baru.....21 mata & tukar server jer terus dapat mata....(serius, lama sungguh tak follow badminton, jadi tak berapa tau) semangat mula membara, siap geram2 depan tv..hehe....semangat juang datang kembali....

Wednesday, January 17, 2007

member2 dah bawa haluan sendiri....


bila dah terlalu lama & statik dgn sesuatu kerja, maka akan ada org yg membuat pembaharuan sama ada bertukar kerjaya, membina hidup baru dgn sesuatu yg agak asing pada asalnya dgn pelbagai alasan - mungkin mencari kepuasan @ sesuatu perkara yg lebih penting RM...RM....

aku tak tahu pendapat org lain tapi dlm diam, aku mengagumi semangat & tekad kawan2 yg lain, sanggup meninggalkan kerjaya ini demi mencari kepuasan yg mereka mahukan walaupun terpaksa hidup dalam kesusahan terlebih dahulu....tapi org dulu2 ada berkata, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..jadi mungkin inilah yg cuba dibuktikan oleh kawan2 aku tadie.

sorang kawanku, lelaki-kami masuk kerja satu batchm bermakna dah 5 tahun 4 bulan telah mengabdikan diri pada kerjaya sebagai seorg wartawan, akan menamatkan tugasannya pada bulan 2 nanti berkata akan menceburi bidang yang tiada kaitan langsung dgn kewartawanan, walaupun pd mulanya dia tak nak cakap, setelah dipaksa2, akhirnya dia kata bahawa dia nak masuk bidang bisnes kontraktor....emm...bisnes keluarga....dlm hatiku berkata..sudah tentu dia telah membuat perancangan yg sebaik mungkin sbb bukan calang2 utk masuk bidang bisnes klu tak punya kekuatan dr segi fizikal, mental & juga RM...


sorg lagi kawanku, juga sebaya tetapi kaum hawa - juga bakal menamatkan tugasan pada februari ini menceburi bidang yg takdelah jauh sgt pun dgn kerjaya skrg..dari wartawan kepada photographer.....dia begitu bersemangat sekali, jarang ada semangat sebegitu pd seorg perempuan tanpa ada backup yg bagus...aku kagum...siap beli kamera Nikon D70 yg berharga hampir RM4 ribu siap dgn aksesori lain.


Dia begitu komited utk meninggalkan kerjaya ini bagi menceburi bidang lain kerana kepuasan & mahu bekerja sendiri. Tatkala mendengar planningnya, aku kagum, dia akan masuk kursus MARA, kemudian menampung perbelanjaan dgn simpanan selama ini yg telah ditabung sejak awal2 lagie.


Keretanya akan dibayar oleh kakaknya jadi perbelanjaan bulanan perlu di pantau sebaik mungkin supaya bajet tak lari...hem...sungguh kuat tekadnya..


aku...mungkin masih belum sampai ke tahap itu, masih banyak benda yg perlu difikir, memikirkan bajet yg perlu keluar setiap bulan dgn jumlah ahli keluarga yg bakal bertambah membuatkan aku akur selain aku begitu mencintai dunia penulisan & kewartawanan ini. Mungkin belum masanya, aku masih suka jadi seorang wartawan & menulis untuk memberi pengetahuan pada pembaca & itulah ertinya kepuasan pada diriku.......

meeting by meeting Big Event

semakin dekat, semakin cemas, Big Event Pengantin Magazine hanya tinggal beberapa minggu lagi, sdgkan dlm masa yg sama penjualan meja agak slow, tidak spt tahun2 yg lepas hingga ramai org yg datang, rasanya sampai tk cukup table....tapi selagi belum tiba tarikh keramatnya, kita takkan tahu apa akan jadi...so far, penjualan table telah dilakukan secara agresif sekali.

aku & click2 lain sdg berusaha utk menjual table & memberi penerangan yg detail kpd para peserta ttg tentatif program pd hari tersebut. Dgn event Pertandingan Andaman sbg pembuka tirai, perlu hati2 agar event segah ini menjadi contoh kepada event2 yg lain, at least, mendapat pujian & segalanya berjalan dgn lancar sekali.

presentation pd kertas mmg hebat, dgn juri2 yg mmg nama pun bukan calang2 serta acara yg dihidangkan pun mmg gah, diharapkan majlis ini berjalan dgn sempurna tanpa cacat cela yg boleh merosakkan majlis...satu lagi masalah ialah bila dress codenya ialah songket...hehe...mana nak cari songket nie..pening betul, klu boleh aku tak nak pakai kebaya @ kurung,lebih suka berseluar sbb nak senang berjalan kan! tak perlu bersusah payah bersongket2 nie..tapi elemen songket nie mmg memeningkan kepala, mana nak cari blaus yg ada elemen songket klu tak menempah sendiri, tak gitue!pencarian belum berakhir tetapi baru saja bermula............

Sunday, January 14, 2007

doraemon-kenangan dulu & skrg


doraemon, watak robot kucing yg didatangkan khas oleh cucu Nobita utk membantu datuknya ketika kecil yg sering dilanda kesusahan (means doraemon nie datang dari abad akan datang lengkap dgn poketnya yg kecil tp macam2 ada)


kartun nie mmg istimewa padaku sbb aku membesar dgnnya (selain ultraman, dragon balls), kartun nie ibarat penawar tika sedih, boring dll sbb ia membawa dimensi yg sukar dijangka dgn akal fikiran...dgn segala alat doraemon, seorg budak yg selalu dibuli, lemah, cuia dan segal2 sikap negatif berjaya menepis sikap pembulinya & muncul sbg wira, skrgnya2 dlm beberapa siri sbb banyak juga yg tunjuk nobita nie tamak...

walau apa pun citer nie mmg menarik sbb sampai skrg klu nak tidur pun, aku mesti kena baca buku doraemon, citer dia yg lawak terselit pengajaran yg sungguh terkesan di hati...hehe

bah melanda johor sekali lagie...

tiada berita lain yg sedang hangat di seluruh Malaysia skrg nie kecuali banjir yg melanda buat kali kedua di Johor. Mengikut kata pakar meteorlogi, hujan lebat akan dijangka sampai bulan Mac, jadi bermakna bandar Johor akan lumpuh sama sekali kalau takde cara lain dicari...

hubby dah mula sedih sbb klu banjir sblm nie, umah mak mentuaku tak masuk air tapi kali nie nampaknya susah nak dielak coz jalan besar pun dah mula digenangi air banjir nie...semua barang elektrik dah dibawa ke tingkat atas...cuma klu banjir berlarutan...susah nak cakaplah...

susah utk ke sana sbb semua jalan sudah terputus, klu nak pi pun, hanya dgn trak tentera sahaja, pastu kena naik bot lak tue utk menyeberang ke sana. Mana nak cari bot & segala bagai tue....jadi susah hati gk sbb mak, ayah & kakaknya ada disana, klu boleh bawa ke KL senang skit, takyah dok dlm keadaan yg tak tenteram lagie...dgn bekalan air bersih yg sekejap ada sekejap putus....susah tue...
bila tgk berita kt TV, rasa sayu dihati bile mengenangkan masalah dorg yg menimpa2....ada yg baru saja bersihkan segala furniture & ada yg baru beli brg2 baru utk diletakkan kt kedai so bila kena camnie....hanya iman di dada saja benteng segal2nya.... susah skit nk cakap sbb benda nie kuasa Allah SWT...tentu ada hikmah di sebaliknya....

Sunday, January 07, 2007

raya haji (berkorban apa saja)

lama betul aku tak update blog nie...bz memanjang membuatkan aku sempat membaca emel & mencari bahan utk tugasan sahaja. Berciter pasal raya haji baru2 nie, aku korban satu bahagian...em..dah lama tak korban nie.,jadi niat pun ala2 lupa skit..camna yer....so pada pagi raya yg syahdu, kitaorang telah ke tempat org berkumpul utk mengorbankan lembu nie...

nak masuk ke tempat sembelih nie, kena lalu sawah bendang yg jalannya agak kecik jer..dlm hatiku, boleh muat ke tak keta nie..tapi mok (nenek) kata muat, so terus jugalah, so dikiri & kanan adalah sawah padi (aku kampung girl tapi jarang sebenarnya masuk ke bendang nie) jadi tak sangkalah, jalan tue mmg luas & plg tak disangka bukan motor jer boleh lalu, keta yg lebih besar cam waja, V6 pun leh lalu, errr....BMW takut kot nak masuk, tue sebab dorang sanggup parking kt luar, pastu jalan bukan main jauh lagi...sebab tempat sembelih nie mmg tengah bendang, berdepan dgn tuan punya lembu nie.

jadi, bila melafazkan akad tue, aku kena pegang tali lembu & masa tuelah berlaku lafaz jual beli, pastu masa tengah sembelih dan darah mengalir, niat sekali lagi dlm hati...masa melapah tue takdelah lama tapi bg aku yg tak biasa nie...mmg lamalah sbnrnya..hehe..yg penting bila dah bawa blk umah, & masak, itulah makanan yg dimasak sepanjang hari raya, jadi bayangkan lah breakfast daging, lunch daging, dinner pun dgn daging, menunya lak daging goreng, daging masak kicap, sup tulang lembu, gulai daging..pendek kata semua menu daging, jadi sapa yg ada darah tinggi tue mmg kena cari alternatif lainlah....tue sbb kena beli awal2 sbb kedai kn byk tutup.

org kata kat Kelantan mmg meriah raya haji nie....dulu, aku tak percaya pun....(pelik, kenapa? tempat lain tak sambut raya korban ker?) bila dah penah beraya tempat lain, baru aku percaya kenyataan nie, mmg meriah sungguh kat kelate...tanah airku...